Bomba tak dapat guna air atau buih, pemadaman api kilang haram terbakar di Labis sejak Jumaat masih diteruskan


  • 112
  • Ahad, 16 Feb 2025

Pasukan bomba masih bertungkus lumus memadam kebakaran yang berlaku di sebuah kilang haram di Labis dekat Segamat.

PASUKAN bomba masih bertungkus lumus memadam kebakaran yang berlaku di sebuah kilang haram di Labis dekat Segamat, Johor yang menyimpan barangan kitar semula sejak Jumaat lalu.

Menurut Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Labis, Sharfini Nasar, kebakaran berlaku di Kampung Usaha Jaya dan melibatkan bangsal terbuka yang menyimpan sisa aluminium (aluminium dross).

"Pasukan bomba tidak dapat menggunakan air atau buih kerana ia boleh menyebabkan tindak balas kimia yang berbahaya kepada alam sekitar.

BACA LAGI: Gelang emas Norshamira digadai RM30,000, pekerja kedai pajak ditahan di Kuala Terengganu — Polis

BACA LAGI: [VIDEO] Mabuk, provokasi punca pekerja Nepal maut ditikam 5 lelaki di kilang Batu Pahat — Polis

"Sebaliknya, teknik seperti menimbus bahan terbakar dengan tanah digunakan untuk memadam kebakaran," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

480255219_1810852076419663_4856124985935822318_n

Hanya 30 peratus daripada kebakaran berjaya dipadamkan dan usaha pemadaman masih diteruskan dengan bantuan 25 anggota bomba serta agensi kerajaan yang lain.

Setakat Sabtu, hanya 30 peratus daripada kebakaran berjaya dipadamkan dan usaha pemadaman masih diteruskan dengan bantuan 25 anggota bomba serta agensi kerajaan yang lain.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bekok, Tan Chong, turut turun ke lokasi selepas menerima aduan mengenai kejadian itu pada pukul 11 pagi, Jumaat.

"Saya sentiasa memantau perkembangan operasi pemadaman kebakaran serta berhubung dengan Jabatan Alam Sekitar.

"Pejabat daerah Segamat juga telah mengadakan mesyuarat bagi menyelaras usaha menangani insiden ini.

"Kami juga sudah merancang langkah pembersihan pasca kebakaran bersama agensi berkaitan,” katanya dalam satu hantaran Facebook.

Aluminium dross merupakan hasil sampingan daripada proses peleburan aluminium dan boleh dikitar semula untuk mengekstrak kandungan aluminium yang masih ada. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram