
SEORANG pemuda terbabit dalam kemalangan jalan raya di lebuh raya menghubungkan antara Sedenak dan Kulai.
Difahamkan, kejadian tersebut berlaku sekitar 8.45 pagi kilometer 38, Lebuhraya Utara Selatan pada Sabtu.
Mengikut rakaman yang tular, mangsa yang menunggang motosikal dilihat bersama beberapa individu lain seperti dalam sebuah konvoi kecil.
Akan tetapi, tanpa disangka mangsa yang ketika itu berada di lorong kanan hilang kawalan lalu merempuh ke pembahagi jalan.
Mangsa kemudiannya terbaring di atas jalan dengan topi keledar keselamatannya tercampak ke lorong kiri lebuh raya.
Difahamkan, punca mengapa mangsa hilang kawalan ketika kemalangan adalah disebabkan rantai motosikalnya yang terputus secara tiba-tiba.
Mangsa dilaporkan maut di lokasi kejadian apabila bantuan sampai untuk membawanya ke hospital.
Sehingga kini, identiti mangsa masih belum dapat dikenal pasti. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram