
SEORANG lelaki cedera parah selepas dihempap tiang telekomunikasi yang tumbang secara tiba-tiba dalam kejadian yang berlaku di Bandar Chengguan dekat Wilayah Gansu, China Isnin lalu.
Mangsa, yang tidak didedahkan namanya dipercayai sedang berjalan di kawasan tersebut bersama isteri dan dua orang anaknya pada waktu kejadian.
Difahamkan, mangsa tidak sempat mengelak apabila tiang berkenaan tiba-tiba tumbang. Insiden itu menyebabkan kecederaan serius pada kepala dan badan mangsa.
Insiden malang itu juga berjaya dirakam kamera litar tertutup (CCTV) sebuah premis berkenaan.
Melalui video yang dikongsikan itu turut memaparkan isteri mangsa menjerit ketakutan selepas melihat mangsa hanya terbaring kaku.
Kejadian di China. Naya weh, nasib baik tak kena anak dia. pic.twitter.com/DCTEiLEyEv
— Nadine Ardine (@MoMoT_Nadine) February 15, 2025
Memetik laporan media antarabangsa, mangsa mengalami kecederaan parah dan segera dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan.
Pegawai komuniti yang berada di lokasi mengesahkan bahawa kejadian berlaku sekitar pukul 4 petang pada 10 Februari lalu.
Pihak Stesen Bekalan Elektrik Chengguan kemudian mengesahkan bahawa tiang tersebut bukan milik syarikat tenaga elektrik, sebaliknya berada di bawah pengurusan jabatan telekomunikasi.
Mangsa menjalani pembedahan dan kini masih dalam pemantauan. Pihak berkuasa turut mengesahkan bahawa tiang yang tumbang itu adalah milik jabatan telekomunikasi.
Buat masa ini, siasatan mengenai punca kejadian serta isu pampasan masih berjalan, dengan pihak polis turut terlibat dalam siasatan bagi menentukan pihak yang bertanggungjawab. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram