Ajal belum tertulis, suami isteri terselamat cubaan bunuh, 6 das tembakan dekat rumah di Simpang Renggam


  • 112
  • Selasa, 11 Feb 2025

Enam das tembakan dilepaskan namun ajal belum tertulis menyebabkan pasangan suami isteri terselamat daripada cubaan bunuh di kediaman mereka di Kampung Bukit Batu Machap, Simpang Renggam pada Isnin. — Gambar/ WhatsApp Orang Awam

PASANGAN suami isteri berselisih maut apabila berjaya menyelamatkan diri daripada cubaan bunuh dalam kejadian mencemaskan di kediaman mereka di Kampung Bukit Batu Machap, Simpang Renggam dekat Kluang, Johor pada Isnin.

Ketika kejadian, salah seorang suspek melepaskan enam das tembakan di hadapan rumah pasangan suami isteri tersebut.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, pasangan itu bernasib baik kerana peluru dilepaskan tidak mengenai mereka dan tersasar ke sekitar lokasi kejadian.

BACA LAGI : [VIDEO] Ibu pukul anak sampai berdarah depan pasar raya di Arau sudah ditahan polis

BACA LAGI : [VIDEO] Leka jawab panggilan telefon ketika bertugas, pekerja kilang di Pakistan maut 'ditelan' mesin kertas

"Semalam (Isnin), pukul 12.17 tengah hari, semasa pengadu Dian Yulandi Suboh, 36, berada di rumah, dia ternampak sebuah Perodua Bezza masuk ke halaman kediaman.

"Pengadu berdiri di hadapan pintu rumah sebelum didatangi tiga lelaki.

"Salah seorang suspek mengeluarkan pistol dari pinggang dan kemudian mengacu dan melepaskan empat das tembakan ke arah mangsa dan suaminya.

story translate (2)

Salah seorang suspek melepaskan enam das tembakan di hadapan rumah mangsa yang berlokasi di Kampung Bukit Batu Machap, Simpang Renggam.

"Suspek kemudian melarikan diri dan melepaskan dua lagi das tembakan, namun tiada sebarang kecederaan dialami mangsa," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Jelas Bahrin lagi, motif kejadian masih dalam siasatan dan polis berjaya menahan seorang daripada suspek yang mempunyai 27 kes jenayah lampau dikenali sebagai Man Tiger.

"Salah seorang suspek dikenali sebagai Man Tiger, 32, berasal dari Simpang Renggam positif dadah jenis methamphetamine hasil ujian saringan air kencing yang dijalankan.

"Polis mengenal pasti tujuh lagi suspek yang dipercayai terbabit dalam kes itu dan kini diburu polis.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 3 Akta Senjatapi 1971 (Penalti Lebih Berat) dan Seksyen 307 Kanun Keseksaan," katanya.

Tambah beliau lagi, kes tersebut masih dalam siasatan polis. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram