
SEORANG warga asing berumur sekitar 30-an dilaporkan maut selepas bergaduh dengan rakannya di sebuah kilang perabot dekat Kawasan Perindustrian Sri Gading, Batu Pahat, Johor pada Isnin.
Memetik laporan Buletin TV3, mangsa dilaporkan maut sekitar 11.30 malam dipercayai ditikam sebanyak tiga kali oleh suspek yang menggunakan pisau.
Pertengkaran berlaku antara mangsa dan suspek ketika mereka dalam perjalanan pulang ke asrama penginapan dalam keadaan mabuk dengan mereka saling berbalas provokasi.
Mangsa kemudiannya menghempapkan basikal terhadap suspek hingga berlaku pergelutan dan campur tangan rakan-rakan lain.
Suspek kemudiannya menikam mangsa di belakang, pinggang dan perut hingga menyebabkan mangsa meninggal dunia.
"Mangsa menghempap basikal ke arah suspek hingga berlaku pergelutan. Beberapa rakan sekerja suspek turut campur tangan hingga menyebabkan kekecohan.
"Suspek yang tidak berpuas hati kemudiannya mengambil sebilah pisau lalu menikam belakang kiri mangsa, perut dan pinggang.
"Mangsa parah akibat tikaman itu disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan yang tiba di lokasi akibat kecederaan dialaminya."
Mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultanah Nora Ismail untuk menbantu siasatan.
Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani mengesahkan kejadian itu berlaku dan pihaknya sudah melakukan penahanan beberapa orang.
Pihaknya menahan lima orang termasuk suspek yang berusia 24 hingga 27 tahun untuk membantu siasatan. Sementara itu, mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultanah Nora Ismail, Batu Pahat untuk bedah siasat.
Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram