
SERAMAI kira-kira 500 sukarelawan bertugas di lima lokasi utama sempena sambutan Thaipusam di seluruh negara bagi membantu melakukan aktiviti pembersihan.
Kesemua sukarelawan itu adalah individu terlibat dalam inisiatif 'Clean Thaipusam' yang bermula sejak 2019 di Batu Caves, Selangor dengan hanya 20 peserta ketika awal penubuhannya.
Pengasas bersama, T. Sathiyavarmaan berkata, inisiatif tersebut sudah berkembang serata kuil di lima negeri.
BACA LAGI: MOF nafi laporan kenaikan harga kenderaan 2026, belum ada keputusan muktamad
Sukarelawan itu juga terlibat dalam aktiviti memberi makanan kepada haiwan. — The Star
Katanya, selain Batu Caves, sukarelawan akan ditempatkan di Kuil Kallumai Arulmigu Subramaniyar di Ipoh, Perak; Kuil Thanneermalai Shree Balathandayuthpani di George Town, Pulau Pinang dan Kuil Sri Subramaniya Swami Devasthanam di Sungai Petani, Kedah.
Membuat penampilan sulungnya pada 2025, ia dimulakan di Kuil Sri Subramaniar di Masai, Johor.
"Batu Caves sahaja menarik lebih sejuta pengunjung semasa Thaipusam.
"Walaupun tong sampah disediakan, masih ada keperluan untuk lebih banyak tangan dalam membantu usaha pembersihan ini," katanya.
Sathiyavarmaan berkata, sukarelawan itu memperkenalkan sebanyak 250 kotak kadbod yang dicat dengan cat kalis air untuk menjadikannya lebih tahan lama sebagai tong sampah sementara.
Mereka juga akan mengutip sisa buah-buahan daripada persembahan yang dilakukan di Batu Caves.
"Tahun lepas (2024), kami mengumpul lebih satu tan buah-buahan yang kemudiannya diberi makan kepada haiwan dan kami akan melakukan perkara sama tahun ini (2025)," jelasnya. — The Star/VIJENTHI NAIR
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram