[VIDEO] Terbabas ketika mendarat, seorang maut nahas 2 pesawat bertembung di Lapangan Terbang Arizona


  • Benua
  • Selasa, 11 Feb 2025

Tangkap layar video memaparkan dua pelanggaran dua pesawat di landasan Lapangan Terbang Scottsdale, Arizona, AS pada Isnin.

SEKURANG-KURANGNYA seorang maut dalam insiden dua pesawat bertembung di landasan Lapangan Terbang Scottsdale, Arizona, Amerika Syarikat (AS) pada Isnin.

Jurucakap Jabatan Bomba Scottsdale, Dave Folio berkata, manakala seramai empat individu cedera dalam nahas sama.

Folio berkata, empat orang yang cedera itu sudah dibawa ke hospital berhampiran lokasi kejadian.

BACA LAGI: [VIDEO] Lepaskan 3 ekor ular sawa dalam parit di Putra Heights, Perhilitan rekod keterangan pelaku

BACA LAGI: [VIDEO] Tak kenal siapa Ed Sheeran, polis India cabut mikrofon semasa busking walaupun ada permit

Dalam pada itu, Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA) AS memberitahu bahawa, kemalangan itu melibatkan sebuah pesawat Learjet 35A.

Menurutnya, pesawat terbabit terbabas dari landasan ketika mendarat dan melanggar jet perniagaan Gulfstream 200 yang berada di kawasan tersebut.

Agensi bertanggungjawab mengawal selia penerbangan awam di negara itu pada masa sama berkata, jumlah sebenar penumpang dalam kedua-dua pesawat masih belum dikenal pasti.

Punca sebenar kejadian juga belum diketahui setakat ini. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram