
KEMENTERIAN Kewangan (MOF) bersama Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) serta pihak industri automotif sedang mengkaji kaedah penilaian kenderaan bagi memastikan cukai dikenakan secara adil, natural dan konsisten.
Kementerian Kewangan juga menjelaskan bahawa laporan tentang kenaikan ketara harga kenderaan yang dijangkakan pada 2026 adalah tidak tepat berikutan peraturan cukai eksais baharu iaitu P.U.(A) 402/2019 atau Peraturan Cukai Eksais (Penentuan Nilai Barangan yang Dihasilkan Secara Tempatan untuk Tujuan Mengenakan Cukai Eksais).
"Belum ada keputusan muktamad. Pihak kami kini mengkaji kaedah penilaian kenderaan demi memastikan cukai dilaksanakan secara adil, neutral dan konsisten," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.
BACA LAGI: [VIDEO] Lepaskan 3 ekor ular sawa dalam parit di Putra Heights, Perhilitan rekod keterangan pelaku
Terdahulu, media melaporkan harga kereta pemasangan tempatan tidak akan dinaikkan sehingga awal 2026 berikutan semakan semula duti eksais nilai pasaran terbuka (OMV) yang sepatutnya dilaksana pada 2020 namun ditangguh beberapa kali dengan tarikh akhir Januari 2025 kini dibawa ke Januari 2026.
Dalam laporan itu turut menyatakan penangguhan cukai eksais OMV yang disemak hanya selama setahun dan jika dilaksanakan, ia boleh menyebabkan kenaikan harga antara 10 peratus hingga 30 peratus. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram