![](https://apicms.majoriti.com.my/uploads/images/2025/02/10/3160577.jpeg)
MASJID di bawah seliaan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) iaitu Masjid Negara di Kuala Lumpur serta Masjid Putra dan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, akan mengadakan solat hajat dan doa selamat bagi mendoakan kesejahteraan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar berkata, solat hajat dan doa selamat selepas solat maghrib esok itu turut diadakan di masjid dan surau di bawah pentadbiran Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).
"Umat Islam adalah diundang untuk bersama-sama ke masjid atau surau berkenaan bagi mendoakan Seri Paduka Baginda agar dikurniakan kesejahteraan, kesembuhan dan keafiatan," katanya dalam kenyataan pada Isnin.
BACA LAGI : Sultan Ibrahim doakan seluruh mangsa banjir dilindungi
BACA LAGI : [VIDEO] Perkelahan bertukar tragedi, datuk meninggal dunia lepas selamatkan 2 cucu di Pantai Irama
Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar
Pada Jumaat lalu, Istana Negara dalam kenyataan yang dimuat naik di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar memaklumkan Seri Paduka Baginda berangkat ke luar negara bagi menjalani rawatan.
Mengiringi bersama Seri Paduka Baginda, Tunku Panglima Johor, Tunku Abdul Rahman dan Tunku Putera Johor, Tunku Abu Bakar. —Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram