[VIDEO] Kabel elektrik bawah tanah terbakar di Kulim, penduduk gesa buat 'mapping' lebih baik elak kes berulang


  • Tular
  • Ahad, 09 Feb 2025

Kebakaran kabel bawah tanah di Kulim menimbulkan keresahan penduduk setempat.

SEBUAH rakaman tular apabila berlakunya kebakaran kabel bawah tanah dipercayai di Kulim, Kedah pada Sabtu.

Dalam rakaman yang berdurasi 32 saat itu, dapat dilihat berlakunya letupan kecil yang menghasilkan api marak berdekatan dengan kawasan perumahan iaitu La Casa Luna, Lunas, Kulim.

Kebakaran tersebut menyebabkan bekalan elektrik di kawasan sekitar seperti Taman Makmur terputus dengan pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB) perlu memulihkannya. Dilaporkan, bekalan elektrik kembali seperti biasa pada 9.30 malam hari yang sama.

BACA LAGI: [VIDEO] Pekerja pembersihan cedera, lelaki warga tempatan lepaskan 8 das tembakan di pusat beli-belah di Setia Alam diburu polis

BACA LAGI: Hampir reput dalam longkang, mayat ditemui penduduk Miri rupanya warga emas, gemar berjalan-jalan di Tudan

"Gangguan bekalan elektrik sedang berlaku di kawasan sekitar Kulim, Kedah disebabkan permasalahan di Pencawang Pembahagian Utama (PPU) Taman Makmur.

"Pasukan teknikal kami sedang berada di lokasi untuk melakukan kerja-kerja membaik pulih bekalan elektrik. Kesabaran anda amat kami hargai dan segala kesulitan amat dikesali," kata TNB dalam kenyataan mereka.

Kejadian kebakaran kabel bawah tanah itu mendapat kritikan oleh warganet yang menanggap proses pemetaan (mapping) yang tidak baik membawa kepada insiden tersebut.

Ada yang mahu kontraktor bertanggungjawab dibawa ke muka pengadilan kerana kecuaian kerja mereka yang boleh membahayakan penduduk sekitar.

"Kontraktor tu patut kena dakwa, buat kerja tak ikut Standard Prosedur Operasi (SOP), tak reti baca drawing dan tengok marking kabel ke?," soal Fikri Rahman.

"Kontraktor patut kena dakwa dan saman bila situasi macam ni, sebahagian penduduk bila gangguan macam ni akan ada impak besar. Sepatutnya kerja perlu ada SOP ketat, baca drawing dan tengok marking perjalanan kabel," ulas Hafi Rahman.

"Patutnya kena buat utility detection dulu sebelum buat kerja-kerja tanah macam ni. Kena tunggu siap detect and drawing utility, mapping keluar dulu baru boleh buat kerja-kerja tanah mcm ni. Kalau meletup kabel tu tak pasal-pasal susah semua," komen Shahrimin Harun. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram