Ada 11 rekod jenayah dan dadah, polis buru suspek lepas tembakan di Setia Alam


  • 112
  • Ahad, 09 Feb 2025

Keadaan di pusat beli-belah Setia Alam yang diserang oleh suspek warga tempatan pada Sabtu.

PIHAK polis mengenal pasti identiti suspek kes tembakan di pusat beli-belah dekat Setia Alam, Selangor sebagai seorang warga tempatan.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, suspek tersebut yang melepaskan tembakan dalam premis itu pada Sabtu merupakan warga tempatan yang berkulit cerah serta berusia sekitar 30-an.

Tambah Hussein lagi, suspek mempunyai rekod jenayah lampau dengan 11 kesalahan sudah dilakukannya.

BACA LAGI: [VIDEO] Pekerja pembersihan cedera, lelaki warga tempatan lepaskan 8 das tembakan di pusat beli-belah di Setia Alam diburu polis

BACA LAGI: [VIDEO] Suspek kes tembak di Setia Alam paksa pemandu turunkan di KESAS, disyaki tiada kereta sendiri

Dalam kejadian yang berlaku pada Sabtu itu, suspek didapati melepaskan beberapa tembakan dengan seorang pekerja pembersihan mengalami kecederaan.

"Dia sudah mempunyai 11 rekod jenayah. Kami sedang dalam usaha menjejakinya, motif kejadian masih dalam siasatan.

"Pekerja pembersihan itu ditembak di kaki dan punggung. Dia dikejarkan ke Hospital Shah Alam untuk mendapatkan rawatan," kata Hussein.

download (6)

Polis mengesan 10 bekas peluru ditinggalkan suspek di tempat kejadian.

Dalam pada itu, Hussein mengatakan yang suspek kemudiannya melepaskan beberapa tembakan kepada pengunjung pusat beli-belah itu serta kepada pintu gelangsar (sliding door).

Suspek kemudiannya menahan sebuah kereta dan memaksanya melarikan diri sebelum diturunkan di Lebuhraya Shah Alam (KESAS).

"Ada pengunjung pusat beli-belah yang dipukul oleh suspek tetapi dia terus memandu keretanya. Suspek kemudiannya melepaskan tembakan ke arah kereta itu. Mangsa kemudiannya membuat laporan polis.

"Suspek kemudiannya memaksa pemandu itu membawanya keluar dari pusat beli-belah itu. Dia kemudiannya mengarahkan pemandu itu untuk menurunkannya di susur keluar ke Pandamaran di Lebuhraya KESAS.

Hussein mengesahkan yang pihaknya turut menjumpai 10 bekas peluru di tangga-tangga dan kawasan tempat letak kereta pusat beli belah berkenaan.

Siasatan awal mendapati yang suspek bukannya berniat untuk merompak sebuah kedai barangan kemas, tetapi Hussein tidak menolak itu adalah sebahagian daripada motifnya. Oleh itu, siasatan lanjut terus dilakukan.

Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 3 Akta Senjata Api dan Seksyen 307 Kanun Keseksaan. — The Star/FARIK ZOLKEPLI

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram