
TINDAKAN individu yang membakar mercun di tengah jalan raya baru-baru ini dilihat tidak bertanggungjawab kerana membahayakan keselamatan pengguna.
Menerusi video tular di media sosial sejak Jumaat, mercun tersebut dibakar dan diletakkan di pembahagi jalan.
Lebih membangkitkan kemarahan apabila lokasi tersebut masih digunakan sebagai laluan beberapa kenderaan ketika mercun tersebut dibakar.
BACA LAGI: Pandangan ibu Zayn Rayyan seperti kosong, tiada perasaan ketika disoal di mahkamah
Menurut pemilik video, mercun tersebut turut tersasar ke beberapa rumah di kawasan itu.
"Dia letak di tengah jalan, kena rumah orang," katanya dalam video berkenaan.
Kejadian juga dipercayai berlaku pada malam sambutan Tahun Baharu Cina baru-baru ini.
Bagaimanapun, tiada sebarang kecederaan atau kemalangan dilaporkan setakat ini.
Lokasi sebenar dan identiti individu yang bertindak sedemikian juga belum dapat dikenal pasti.
Sehingga kini, belum ada kenyataan dikeluarkan pihak berkuasa berhubung kejadian tersebut. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram