[VIDEO] Pelancong AS terjatuh di Gurney Plaza stabil, ada masalah dengan kekasih — Polis


  • 112
  • Khamis, 06 Feb 2025

Seorang lelaki itu cedera di kepala selepas terjatuh dari tingkat tujuh dan mendarat di atas hiasan Tahun Baharu Cina di tingkat bawah pusat beli-belah itu pada Rabu.

PELANCONG warga Amerika Syarikat (AS) yang cedera di kepala selepas terjatuh dari tingkat tujuh sebuah pusat beli-belah di Persiaran Gurney Palza dekat Georgetown, Pulau Pinang pada Rabu kini berada dalam keadaan stabil.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Abdul Rozak Muhammad berkata, mangsa berusia 25 tahun itu sudah dipindahkan dari wad kecemasan ke Hospital Pulau Pinang (HPP).

Katanya, mangsa tiba di Pulau Pinang untuk bercuti bersama keluarganya sejak 1 Februari lalu.

BACA LAGI: [VIDEO] Pemandu Alza langgar mati pelajar cemerlang negatif dadah, dibebas dengan jaminan polis

BACA LAGI: [VIDEO] Leka jawab panggilan telefon ketika bertugas, pekerja kilang di Pakistan maut 'ditelan' mesin kertas

"Berdasarkan maklumat daripada ahli keluarga, dia menghadapi masalah dengan kekasihnya dan mereka dijadualkan pulang pada 12 Februari ini.

Lelaki itu cedera di kepala selepas terjatuh dari tingkat tujuh dan mendarat di atas hiasan Tahun Baharu Cina di tingkat bawah pusat beli-belah itu pada Rabu.

Gambar dan video kejadian itu telah tular di media sosial. — The Star/ LO TERN CHERN

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram