DBKL tunggu laporan lengkap, projek perumahan di Wangsa Maju masih dihentikan


  • Massa
  • Jumaat, 07 Feb 2025

Perintah henti kerja terhadap projek perumahan yang menghadapi masalah struktur di Wangsa Maju, Kuala Lumpur akan terus berkuat kuasa sehingga laporan terperinci disediakan dan mendapat kelulusan pihak berkuasa.

PERINTAH henti kerja terhadap projek perumahan yang menghadapi masalah struktur di Wangsa Maju, Kuala Lumpur akan terus berkuat kuasa sehingga laporan terperinci disediakan dan mendapat kelulusan pihak berkuasa.

Bagaimanapun, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) membenarkan pemaju, J. Satine, untuk menjalankan penyiasatan tanah di bahagian luar bangunan bagi mengumpul data baharu untuk analisis lanjut.

DBKL dalam satu kenyataan menjelaskan bahawa semua aktiviti pembinaan lain akan terus digantung sehingga Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Maimunah Mohd Sharif, berpuas hati dengan penemuan dalam laporan terperinci.

BACA LAGI: [VIDEO] Tiada kebenaran, polis Indonesia sahkan pempengaruh Malaysia hilang buat aktiviti paranormal hanya lakonan

BACA LAGI: [VIDEO] Pelancong AS terjatuh di Gurney Plaza stabil, ada masalah dengan kekasih — Polis

"Penyiasatan tanah bermula pada 30 Disember tahun lalu. DBKL akan menarik balik perintah henti kerja sebaik sahaja Datuk Bandar berpuas hati dengan penemuan tersebut,” menurut kenyataan itu.

Perintah henti kerja telah dikeluarkan pada 9 November tahun lalu selepas DBKL menerima aduan daripada penduduk PPR Wangsa Sari pada 7 November berhubung satu letupan yang didakwa berlaku di tapak pembinaan.

Letupan tersebut dilaporkan berpunca daripada kegagalan struktur di Blok C projek berkenaan. Hasil siasatan DBKL menemui keretakan pada dinding ricih, tiang dan lantai bangunan, selain kerosakan tambahan pada unit-unit di tingkat lapan dan ke atas.

Exclusive interview with Mayor Datuk Seri Maimunah Sharif. —LOW LAY PHON/The Star(FOR METRO ONLY)

DBKL dalam satu kenyataan menjelaskan bahawa semua aktiviti pembinaan lain akan terus digantung sehingga Datuk Bandar Kuala Lumpur (gambar) berpuas hati dengan penemuan dalam laporan terperinci.

Sehubungan itu, DBKL mengeluarkan perintah henti kerja kepada perunding projek bagi memastikan keselamatan di tapak pembinaan.

Bagi menangani insiden sedemikian, DBKL telah menubuhkan sebuah jawatankuasa khas bagi menilai dan memantau projek-projek swasta yang mengalami kerosakan bangunan semasa pembinaan.

"Jawatankuasa ini berperanan menilai serta memantau laporan penilaian semula keselamatan dan kestabilan di bawah Seksyen 70B(2) Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974. Laporan ini dikemukakan oleh jurutera bertauliah bebas serta jurutera perunding projek yang dilantik oleh pemaju.

“Bagi pembangunan J. Satine, pemaju telah melantik jurutera perunding bebas untuk menjalankan penyiasatan dan pemeriksaan menyeluruh terhadap keseluruhan integriti struktur, termasuk asas bangunan serta kawasan sekitar tapak pembinaan.

“Jurutera perunding bebas telah menyerahkan laporan interim pertama pada 30 Disember 2024. Bagaimanapun, Datuk Bandar tidak berpuas hati dengan laporan tersebut kerana ia tidak mengandungi analisis terperinci serta penemuan menyeluruh dan tidak memenuhi standard pelaporan yang ditetapkan.

“Sehingga kini, kami masih belum menerima laporan lengkap daripada jurutera perunding projek dan jurutera perunding bebas,” jelas DBKL dalam kenyataan itu.

DBKL menegaskan bahawa perintah henti kerja akan kekal berkuat kuasa sehingga laporan lengkap diterima dan pihak berkuasa berpuas hati dengan tahap keselamatan serta kestabilan struktur projek berkenaan. — The Star/ BAVANI M

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram