
PIHAK Tenaga Nasional Berhad (TNB) mengesahkan helikopter yang terhempas di Bentong, Pahang pada Khamis mendarat di tapak milik mereka untuk mengisi minyak.
Dalam sebuah kenyataan dikeluarkan mereka, helikopter tersebut mendarat dengan juruterbangnya berjaya menyelamatkan diri sementara pekerja syarikat kenderaan tersebut berasal dari Indonesia meninggal dunia akibat terkena libasan bilah kipas di kepala.
Dalam masa yang sama, TNB turut mengarahkan pemberhentian penggunaan helikopter kedua yang turut terlibat dalam kerja penyelenggaraan di kawasan berkenaan.
BACA LAGI: Helikopter terhempas di Bentong, mangsa maut kepala terkena libasan bilah kipas
BACA LAGI: 'Payslip' berubah, gaji minimum baharu RM1,700 manfaat lebih 4 juta pekerja bermula Sabtu
Kemalangan yang melibatkan sebuah helikopter telah dilaporkan berlaku di Bentong, Pahang. — Buletin TV3
"Pasukan Bomba juga telah memadamkan kebakaran di lokasi kejadian. TNB akan memberikan kerjasama penuh kepada pihak berkuasa dalam siasatan insiden ini," kata TNB.
Laporan sebelum ini menyebut berlakunya kemalangan melibatkan sebuah helikopter jenis Bell 206L-4 Long Ranger yang terjadi berdekatan kolam air panas.
Helikopter yang digunakan untuk tujuan pemasangan kabel di kawasan tersebut musnah terbakar dan memerlukan pihak bomba untuk memadamkan api yang marak.
Kebakaran itu dapat dipadamkan pada 11.06 pagi dengan mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan seterusnya. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram