
TIADA lagi monopoli Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM) apabila Kementerian Pengangkutan (MOT) akan mendedahkan beberapa syarikat menawarkan perkhidmatan serupa pada Jumaat.
Menterinya, Anthony Loke berkata, langkah itu diambil untuk mewujudkan persaingan sihat sekali gus meningkatkan kualiti perkhidmatan dan integriti industri pemeriksaan kenderaan di Malaysia.
Anthony menjawab pertanyaan Syahredzan Johan (PH-Bangi) dalam sesi pertanyaan lisan di Dewan Rakyat, pada Khamis.
BACA LAGI: [VIDEO] Padah tampar staf PUSPAKOM di JB, warga emas didenda RM1,600
BACA LAGI: [VIDEO] Lepas staf Puspakom, anggota JPJ pula kena tumbuk lelaki di Kuantan
Anthony akan mengumumkan syarikat-syarikat yang bakal menjadi pesaing PUSPAKOM pada Jumaat. — Facebook/Anthony Loke
"MOT telah mendapat kelulusan dari Jemaah Menteri untuk menamatkan dasar konsesi atau dasar monopoli kepada PUSPAKOM pada tahun lalu.
"Ketika ini, PUSPAKOM tidak lagi memiliki konsesi. Kita (cuma) berikan kepada mereka adalah satu lesen sahaja untuk beroperasi.
"Apa yang kita hendak laksanakan (ketika ini) ialah kita membuka pasaran pemeriksaan kenderaan ini kepada lebih banyak pengusaha lain dan kita telah buat penilaian.
"Esok saya akan mengumumkan beberapa syarikat baharu yang akan diberikan kelulusan untuk membuka pusat pemeriksaan ini. Saya akan umumkan di MOT (di Putrajaya)," jelas Anthony.
Tambah Ahli Parlimen Seremban itu lagi, usaha untuk mewujudkan persaingan adalah bagi memastikan menghapuskan persepsi umum terhadap situasi monopoli yang terdapat unsur rasuah di dalamnya.
"Secara umumnya memang kita rasa bahawa kalau sesuatu industri itu ada unsur monopoli, ia kadangkala akan menjejaskan mutu perkhidmatan. Itu sebabnya kita menggalakkan ada persaingan," ulas Anthony lagi. — The Star
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram