![](https://apicms.majoriti.com.my/uploads/images/2025/02/05/3153126.png)
BEKAS Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Johor, Dr Boo Cheng Hau meminta pihak berkuasa untuk mempertimbangkan Laluan Sistem Transit Rapid (RTS) kedua untuk menghubungkan Iskandar Puteri dan Singapura.
Beliau berkata, Laluan RTS kedua perlu diutamakan berbanding cadangan projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura.
Menurutnya, pembinaan Laluan RTS kedua dilihat lebih murah dan mengambil masa singkat dalam menghubungkan Zon Ekonomi Khas Johor - Singapura (JS - SEZ) selain merangsang pertubuhan ekonomi dengan lebih berkesan.
BACA LAGI: [VIDEO] Dah lambai tangan beri amaran, 200 kenderaan tak nampak jalan kena 'telan' kabus tebal
"Ini (Laluan RTS kedua) akan membawa aliran trafik yang lebih lancar dan cekap antara (Johor dan Singapura)," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.
Dr Boo, yang juga bekas pengerusi DAP negeri berkata, terdapat keperluan mendesak untuk mengutamakan cadangan pembinaan RTS di Johor, menghubungkan stesen RTS Bukit Chagar ke pelbagai bahagian JS-SEZ.
Tambahnya, ini bagi memenuhi permintaan yang dijangka dan menyuraikan jumlah penumpang yang lebih besar dalam masa yang singkat, terutama pada waktu puncak, di salah satu lintasan semadan darat yang paling sibuk di dunia.
Dr Boo berkata, projek HSR, sebaliknya telah dibatalkan secara unilateral oleh Malaysia sebanyak dua kali dan memerlukan lebih banyak masa dan usaha untuk meyakinkan orang ramai dan Singapura supaya komited terhadap projek mega itu.
Dijadual siap menjelang Disember 2026, Laluan RTS akan menghubungkan Bukit Chagar ke Woodlands North dengan jangka masa lima minit perjalanan menerusi tren.
Dengan kapasiti puncak 10,000 penumpang sejam dalam setiap arah, Laluan RTS bertujuan untuk meningkatkan ketersambungan rentas sempadan dan memupuk hubungan Malaysia-Singapura yang lebih kukuh. — TheStar/YEE XIANG YUN
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram