Pelatih komuniti gelandangan, bekas banduan kini jadi pendandan rambut, Lex Low bantu ubah nasib guna skil 'barber'


  • Bizz
  • Selasa, 04 Feb 2025

Lex (gambar kiri) merupakan pemilik kedai gunting rambut, Amplitude Barbershop yang kemudian ditukar nama kepada Othrs pada 2015. — Lex Low

SIAPA sangka hanya berbekalkan sebilah gunting rambut, Lex Low bukan sahaja mampu menyara hidupnya, malah menjalankan inisiatif membantu golongan tidak bernasib baik di bandar.

Lex merupakan pemilik kedai gunting rambut, Amplitude Barbershop yang kemudian ditukar nama kepada Othrs pada 2015.

Bagaimanapun, selepas berada dalam industri dandanan rambut lebih sedekad, Pengasas Othrs tersebut mendapati dirinya berada dalam persimpangan kerjaya sehingga hampir mengambil keputusan melepaskan perniagaan diusahakan.

BACA LAGI: Mula berjualan sejak universiti, duo graduan UKM, UM berganding bina Pelita Dhihin tumpu pasarkan 'buku berat'

BACA LAGI: Bukan kerana 'buatan orang', ini 3 sebab sebab kedai makan gagal tarik pelanggan

Ia selepas perniagaan tersebut disifatkan sudah tidak lagi memberi sebarang inspirasi dan motivasi kepada dirinya.

Namun, situasi itu kemudian mencetuskan idea kepadanya untuk mengambil langkah drastik dengan matlamat baharu dirangka menubuhkan Othrs Barber School bermatlamatkan mencipta impak terhadap komuniti, selain mengubah kehidupan seseorang melalui potongan rambut.

Berikut merupakan perkongsian Lex mengenai pengalamannya mengelola Othrs Barber School.

1. Dari mana munculnya idea membangunkan Othrs Barber School?

Beberapa tahun lepas hati saya terbuka untuk menggunakan skil dimiliki sebagai tukang gunting rambut (barber). Saya menyimpan hasrat mengutamakan orang lain dan mengubah diri sendiri. Perjalanan kehidupan ini jauh dan bertitik tolak daripada situ saya berazam mengajar kemahiran khususnya kepada golongan tidak bernasib baik.

2. Boleh ceritakan serba sedikit tentang penubuhan Othrs Barber School?

17413677

Alex ketika mula menubuhkan Othrs Barber School.

la ditubuhkan pada 2015.

Saya bermula dengan melatih Orang Asli, komuniti gelandangan dan bekas banduan. Apabila diteliti terdapat jurang besar dalam industri dan peluang pekerjaan.

Saya percaya memiliki kemahiran itu sesuatu bernilai. Hasilnya, ramai pelajar kami berjaya memanfaatkan skil menggunting rambut dipelajari, sekali gus membantu menjana pendatan dan meningkatkan taraf kehidupan.

3. Dari mana mana munculnya kekuatan meneraju sekolah seumpama ini?

Saya ingin membentuk ekosistem yang lestari. Saya bermula dengan melatih Orang Asli, komuniti gelandangan dan bekas banduan.

Apabila diteliti ten terdapat jurang besar dalam industri dan peluang pekerjaan. Saya percaya memiliki kemahiran itu sesuatu bernilai.

Hasilnya, ramai pelajar kami berjaya memanfaatkan skil menggunting rambut dipelajari.

4. Sepanjang mengendalikan usaha ini apakah kenangan sukar dilupakan?

119978068_3484033658327551_2843595175722652472_n

Alex ketika mengendalikan kelas kemahiran menggunting rambut. — Alex Low

Sejak memulakan misi untuk memberi semula kepada masyarakat pastinya ada bermacam-macam momen pahit dan manis.

Pun begitu, bagi saya lebih banyak pengalaman indah diperoleh antaranya berpeluang membina persahabatan bersama Orang Asli, bekas penagih dadah dan komuniti gelandangan.

Selain itu, saya dapat menyaksikan rakan daripada golongan terbabit berjaya menempa karier sebagai pendandan rambut. la kemahiran kecil, tetapi berharga.

5. Apa tanggapan masyarakat terhadap golongan berkenaan?

Sudah tentu sesetengah masyarakat mempunyai tanggapan buruk terhadap golongan yang tiada tempat tinggal, bekas penagih dadah dan pernah memilih laluan salah.

Pun begitu, mereka tidak akan menjalani kehidupan sedemikian untuk selama-lamanya kerana saya telah bertemu ramai individu dalam kalangan kelompok sama kini menjadi insan hebat.

Percayalah, mereka mampu berubah keluar daripada jalan hitam berbekalkan bantuan dan sokongan ahli keluarga.

122261145_3578621852202064_3846500159116156313_n

Kelas kemahiran disediakan Alex berjaya membantu ramai individu kurang bernasib baik mengubah hidup, sekali gus menjana pendapatan menerusi perkhidmatan mendandan rambut. — Lex Low

6. Bagaimana cara-cara mengatasi persepsi buruk itu?

Salah satu cara masyarakat harus berganding bahu dan bersatu untuk menyelesaikan masalah ini. Semuanya bermula dengan mengubah cara kita melihat sesuatu dan persepsi terhadap golongan berkenaan. Seterusnya, membantu mem buat perubahan yang diimpikan.

7. Apakah aktiviti lain dikendalikan di Othrs Barber School?

Setiap bulan, Othrs Barber School akan mendekati golongan kurang berkemampuan di bandar terutamanya gelandangan dan miskin.

Kami menyediakan servis gunting rambut secara percuma. Selain itu, bekerjasama dengan pelbagai pertubuhan bukan kerajaan menyediakan makanan, pakaian, ubat-ubatan dan menjalankan sesi temu duga kerja buat mereka memerlukan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram