
POLIS sedang menunggu laporan forensik daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) bagi menyelesaikan siasatan berkaitan isu 'ham' melibatkan pelawak Harith Iskander dan pengguna Facebook, Cecilia Yap Song.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, tindakan itu juga menyebabkan siasatan masih dilanjutkan.
Katanya, kertas siasatan akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya pada Khamis ini.
BACA LAGI: Sudah rekod keterangan, polis siasat dakwaan Harith Iskander terima ugutan isu jenaka 'Ham'
Harith Iskander dirakam keterengan bagi membantu siasatan berhubung dakwaan membuat kenyataan sensitif terhadap Islam dalam satu hantaran di Facebook.
Sebelum ini, Harith disiasat selepas menimbulkan kontroversi menerusi hantaran di Facebooknya berkaitan isu ‘ham'.
Hantaran tersebut mengandungi gambar secawan 'Ham Sap Kopi' berserta kapsyen yang menyentuh sensitiviti masyarakat Muslim.
Susulan itu, pihak polis mengambil keterangan pelawak terbabit untuk membantu siasatan berhubung dakwaan membuat kenyataan tersebut.
Razarudin turut memaklumkan bahawa polis telah mengenal pasti identiti seorang lagi individu yang dikaitkan dengan kes tersebut dan sedang berusaha untuk mengesannya. — The Star/JUSTIN ZACK
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram