PELAWAK, Harith Iskander dipanggil oleh pihak polis untuk membantu siasatan berhubung dakwaan membuat kenyataan sensitif terhadap Islam dalam satu hantaran di Facebook dan telah memberikan kenyataannya.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, keterangan daripada pelawak berumur 54 tahun itu dirakam Rabu lepas.
Beliau turut memaklumkan bahawa polis telah mengenal pasti identiti seorang lagi individu yang dikaitkan dengan kes tersebut dan sedang berusaha untuk mengesannya.
BACA LAGI : Jakim panggil Harith Iskander kontroversi 'ham', 'ham sap'
BACA LAGI : Kontroversi 'ham', 'ham sap', polis sahkan terima laporan terhadap Harith Iskander
"Setakat ini, kami telah menerima 16 laporan polis berkaitan isu ini di seluruh negara, dan satu kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 298 dan 505 Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998," katanya pada Jumaat.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain
Sementara itu, ketika ditanya mengenai laporan yang dibuat di Dang Wangi berkaitan ancaman yang didakwa diterima oleh Harith, Ketua Polis Kuala Lumpur, Komisioner Datuk Rusdi Mohd Isa, berkata kes tersebut telah dirujuk kepada pihak polis Johor.
Pelakon itu didakwa memuat naik hantaran itu ketika kontroversi status halal sandwic ham and cheese baru-baru ini yang didakwa membuka ruang mempersendakan agama Islam. — The Star
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram