
MEDIA sosial dihebohkan dengan satu rakaman tular memaparkan sebuah kereta dipandu secara melawan arus di sebuah lebuh raya.
Susulan kejadian itu, polis menahan seorang lelaki warga emas berusia 72 tahun dipercayai memandu melawan arus di sepanjang Lebuhraya Kajang-Seremban (LEKAS) dekat Nilai, Negeri Sembilan.
Ketua Polis Daerah Nilai, Superintenden Abdul Malik Hasim berkata, suspek ditahan selepas pihaknya terkesan klip video tular berdurasi 3 minit di sosial media pada Jumaat.
BACA LAGI: Sekolah agama kelolaan JAIS mulakan pendidikan STEM berasaskan al-Quran
BACA LAGI: [VIDEO] MPV mewah jadi sarang 'sang belit', ramai tertanya cara nak tahu ular 'tumpang' kenderaan
Hasil siasatan mendapati, lelaki berkenaan memandu secara melawan arus ketika dalam perjalanan pulang ke rumahnya.
Abdul Malik berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu.
Pesalah boleh dipenjara sehingga lima tahun dan denda antara RM5,000 dan RM15,000 jika sabit kesalahan.
Beliau menggesa saksi untuk menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Nilai, Inspektor B Sharveen Raj di talian 011 2617 6424 atau Polis Daerah Nilai di talian 06 7904 389 bagi membantu siasatan. — The Star/SARBAN SINGH
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram