[VIDEO] Sempat sumbang satu gol, mata penyerang Moldova, Ion Nicolaescu hampir tersembul lepas buang hingus


  • Podium
  • Khamis, 23 Jan 2025

Detik ngeri berlaku apabila Nicolaescu cuba membuang hingus dengan menghembus hidungnya, menyebabkan mata kirinya hampir tersembul keluar dari soket. — Agensi

SUKAN bola sepak bukan sahaja menuntut kekuatan fizikal dan kemahiran teknikal, tetapi juga keberanian untuk menghadapi risiko kecederaan yang boleh berlaku pada bila-bila masa.

Dari kecederaan ringan seperti terseliuh atau lebam hingga insiden serius seperti patah tulang, gegaran otak, dan kecederaan pada mata, sukan ini sering menguji ketahanan pemain di dalam dan luar padang.

Insiden terbaru yang melibatkan penyerang Moldova, Ion Nicolaescu, dalam Piala Belanda menjadi peringatan betapa sukan itu boleh membawa risiko yang tidak dijangka.

BACA LAGI: [VIDEO] Berang isteri tak dibenarkan cuti, suami 'ambush' pengurus pasar raya dengan penyodok di Brazil

BACA LAGI: [VIDEO] Misteri kematian wanita ada kesan luka terjawab lepas suami jalani ritual Dayak Kalimantan

Dalam perlawanan Pusingan 16 antara Heerenveen dan pasukan amatur Quick Boys, Nicolaescu yang berlangsung pada Sabtu lepas menjadi perhatian selepas mengalami kecederaan mata yang serius.

Selain menyaksikan kekalahan mengejut Heerenveen dengan keputusan 2-3 dalam masa tambahan, insiden membabitkan pemain itu meninggalkan kesan mendalam kepada penonton.

Manakan tidak, Nicolaescu sudah bermain dengan lebam dan bengkak di bawah mata akibat pertembungan dengan pemain lawan sebelum kecederaan menjadi lebih teruk.

Detik ngeri berlaku apabila Nicolaescu cuba membuang hingus dengan menghembus hidungnya, menyebabkan mata kirinya hampir tersembul keluar dari soket dan berada dalam kedudukan tidak normal.

Rakaman video kejadian tersebut tular dan mengejutkan peminat bola sepak di seluruh dunia.

Pada awalnya, Nicolaescu tidak menyedari tahap kecederaan yang dialaminya.

Namun, dia akhirnya menyentuh kawasan matanya dengan berhati-hati apabila bengkak pada matanya semakin membesar hampir dua kali ganda daripada saiz asal.

Walaupun mengalami kecederaan yang mengerikan, Nicolaescu terus beraksi di atas padang.

Dia hanya digantikan oleh jurulatih pada penghujung masa tambahan, selepas menyumbang satu gol untuk pasukannya.

Sehingga kini, tahap kecederaan Nicolaescu masih belum diketahui.

Bagaimanapun, ada kemungkinan dia perlu memakai pelindung khas untuk melindungi soket matanya dalam perlawanan akan datang.

Untuk rekod, Nicolaescu, pemain utama skuad kebangsaan Moldova, telah mencatatkan 16 gol dalam 48 penampilan di peringkat antarabangsa.

Semangat juangnya di sebalik insiden itu kekal menjadi inspirasi kepada peminat bola sepak. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram