[VIDEO] ‘Dia sempat teks mendarat lagi 20 minit’, suami harap isteri bukan 18 terkorban nahas helikopter tentera, jet pejuang penumpang bertembung di AS


  • Benua
  • Khamis, 30 Jan 2025

Sekurang-kurangnya 18 mayat ditemukan setakat ini selepas sebuah pesawat penumpang yang membawa 64 orang dilaporkan terhempas di Sungai Potomac di Washington DC pada Rabu.

SEKURANG-KURANGNYA 18 mayat ditemukan setakat ini selepas sebuah pesawat penumpang yang membawa 64 orang dilaporkan terhempas di Sungai Potomac di Washington DC, Amerika Syarikat (AS) pada Rabu.

Difahamkan ketika kejadian, pesawat yang dalam perjalanan dari bandar Wichita di Kansas itu bertembung dengan helikopter tentera yang sedang menjalani latihan.

Amerika Airlines berkata, terdapat seramai 60 penumpang dan empat anak kapal dalam pesawat itu.

BACA LAGI : [VIDEO] Misteri kematian wanita ada kesan luka terjawab lepas suami jalani ritual Dayak Kalimantan

BACA LAGI : [VIDEO] Nasib tak kena telan, gadis duyung hampir dimakan ikan gergasi dalam akuarium di China

Manakala, seorang pegawai Tentera Amerika Syarikat berkata, helikopter yang terbabit dalam nahas adalah model Black Hawk yang membawa tiga askar dan status mereka tidak diketahui pada masa ini.

Beliau turut mengesahkan bahawa pesawat yang terlibat dalam kejadian itu adalah helikopter Army UH-60 dari Fort Belvoir, Virginia.

Polis Washington berkata, beberapa agensi terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat di Sungai Potomac, yang bersempadan dengan lapangan terbang itu, tetapi tiada maklumat segera mengenai jumlah korban.

Sementara itu, seorang lelaki yang menunggu kepulangan isterinya di Lapangan Terbang Nasional Reagan, Washington D.C., Hamaad Raaza hanya mampu melihat mesej terakhir yang dihantar wanita itu selepas pesawat dinaikinya isterinya itu dilaporkan terhempas.

Menurut Hamaad, isterinya sempat menghantar memaklumkan dia akan mendarat dalam masa 20 minit.

Selepas menerima mesej itu, dia menghantar beberapa teks lagi, bertanya sama ada isterinya sudah selamat mendarat.

Namun, semua mesejnya tidak berbalas. Hatinya semakin gundah apabila menyedari bahawa pesawat yang sepatutnya membawa isterinya tidak tiba seperti dijadualkan.

Hamaad juga berharap isterinya bukanlah dalam kalangan 18 mangsa yang terkorban dalam nahas malang itu.

Insiden itu merupakan kemalangan pesawat penumpang pertama yang melibatkan kematian di AS sejak Februari 2009. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram