[VIDEO] Budak 9 tahun disyaki lemas ketika ambil selipar jatuh longkang di Kota Tinggi


  • 112
  • Isnin, 27 Jan 2025

Sepasukan bomba kini sedang menjalankan operasi dan menyelamat (SAR) bagi mencari mangsa yang dihanyutkan arus deras.

SEORANG kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun dipercayai lemas selepas cuba mengambil seliparnya yang terjatuh ke dalam longkang di Taman Kota Jaya dekat Kota Tinggi, Johor pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Yusof Othman berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 3 petang semasa hujan lebat.

"Air dalam longkang ketika itu dalam dan arusnya deras. Operasi mencari dan menyelamat masih diteruskan dengan bantuan Jabatan Bomba dan Penyelamat (Bomba).

BACA LAGI: [VIDEO] Mayat wanita Indonesia disumbat dalam bagasi, ditemukan tak sempurna ketika buang sampah

BACA LAGI: Warga emas maut, putus tangan diserang 11 anjing liar dalam terminal bas di Sabah

"Mangsa, seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun, dipercayai terjatuh selepas cuba mengambil seliparnya yang terjatuh ke dalam longkang," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Sementara itu, jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Johor berkata, satu kenyataan akan dikeluarkan kemudian kerana operasi masih dijalankan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram