PIHAK polis telah merekodkan keterangan 82 individu termasuk dua pegawai penjara susulan dakwaan kes puluhan banduan di Penjara Taiping, Perak dipukul dan dibelasah sehingga menyebabkan seorang banduan meninggal dunia.
Menurut laporan The Star, Pemangku Ketua Polis Perak, Deputi Komisioner Zulkafli Sariaat berkata, baki 80 lagi yang dirakam keterangan membabitkan banduan serta tahanan di penjara terbabit.
Zulkafli turut mengesahkan pihaknya menerima banyak laporan mengenai kejadian termasuk laporan polis pada 17 Januari lalu.
BACA LAGI: [VIDEO] 'Panggil semua pemain keluar', apa Aleksandar Cvetkovic buat bikin fans Sri Pahang terharu
BACA LAGI: Lenjan KDN 7 gol tanpa balas, fans samakan Perak persis Liverpool
Pejabat Polis Daerah (IPD) Taiping sudah mula menyiasat kes terbabit dan sudah pun dibawa ke pengetahuan Ketua Polis Negara dan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, bagi siasatan lanjut.
"Yang lain-lain itu masih dalam siasatan. Banyak laporan juga yang sudah dibuat, tetapi kita akan angkat ke peringkat Bukit Aman dan siasatan telus akan terus dijalankan.
"Insya-ALLAH bila sudah lengkap dan gambaran situasi sebenar diperoleh, kita akan cuba keluarkan kenyataan media.
"Buat masa sekarang siasatan dijalankan daripada laporan yang mula diterima pada 17 Januari lalu dan kalau ikut kategori siasatan ia mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.
Dalam pada itu, Jabatan Penjara mengesahkan kejadian provokasi melibatkan prospek yang baru dipindahkan daripada Pusat Koreksional Batu Gajah ke Penjara Taiping.
Sehubungan itu, laporan polis telah dibuat dan siasatan lanjut sedang dijalankan untuk mengenal pasti punca kejadian.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan, Jabatan Penjara menegaskan bahawa pihaknya tidak akan berkompromi dan akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana individu yang didapati bertanggungjawab sekiranya terdapat unsur kecuaian atau kelemahan prosedur semasa menjalankan tugas.
Jabatan Penjara juga memohon kerjasama orang awam agar tidak menyebarkan sebarang berita yang tidak sahih berkaitan kejadian tersebut bagi mengelak penyebaran maklumat yang boleh menimbulkan kekeliruan. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram