Contohi Singapura, kerajaan Johor diseru lebih proaktif tangani isu alam sekitar


  • Massa
  • Sabtu, 25 Jan 2025

Kerajaan negeri Johor digalakkan agar lebih proaktif dalam menangani isu-isu berkaitan pemeliharaan alam sekitar di negeri ini.

KUMPULAN aktivis alam sekitar di Johor menyeru kerajaan negeri agar lebih proaktif dalam menangani isu-isu berkaitan pemeliharaan alam sekitar di negeri ini.

Presiden Persatuan Pencinta Alam Malaysia (MNS), Vincent Chow melahirkan rasa kecewanya terhadap kerajaan negeri yang didakwa sering meminggirkan kumpulan alam sekitar dalam usaha menangani masalah berkaitan perkara itu.

“Tahun ini, kami berharap dapat menjalin kerjasama yang lebih erat dengan kerajaan negeri,” katanya baru-baru ini.

BACA LAGI: [VIDEO] Pertama di Malaysia, idea suami isteri kreatif realisasi Airbnb 'kelapa' terapung di Langkawi

BACA LAGI: Tak sanggup anak terus derita ekzema, wanita keturunan Melanau cipta sabun natural, dapat perhatian pelanggan Jepun dan AS

Malaysian Nature Society (MNS) president Vincent Chow said such a move need to go hand-in-hand with efforts to conduct more outreach programs to inculcuate environmental awareness among the public.

Vincent berkata, isu alam sekitar perlu diberi perhatian serius.

Beliau turut menyuarakan harapan agar kerajaan negeri memperbanyakkan penglibatan, kerjasama, dialog dan penyaluran dana kepada organisasi berkaitan alam sekitar.

Menurut Vincent, isu alam sekitar perlu diberi perhatian serius bagi merealisasikan matlamat Johor menjadi sebuah negeri maju menjelang 2025.

“Pemuliharaan alam sekitar adalah tanggungjawab bersama. Rakyat Johor juga perlu dilibatkan melalui program-program jangkauan dan aktiviti kesedaran,” ujarnya.

Beliau dalam pada itu turut menekankan kepentingan kerjasama antara jabatan kerajaan, agensi negeri dan komuniti bagi memastikan kejayaan program-program berkaitan pemuliharaan alam sekitar.

“Melindungi alam sekitar bukan sekadar gimik atau janji kosong. Ia perlu bersifat berorientasikan hasil,” tegasnya.

Vincent turut menyebut kegagalan Program River Rangers sebagai contoh kelemahan koordinasi antara Jabatan Alam Sekitar, ketua kampung dan komuniti Orang Asli.

More than 207 tonnes of rubbish have been collected in Sungai Skudai alone as of September 2023.

Johor seharusnya mengambil inspirasi daripada usaha Singapura dalam membersihkan Sungai Kallang dan Sungai Singapura.

“Mereka seharusnya memantau keadaan sungai, termasuk pembuangan sampah haram dan pencemaran, tetapi usaha ini tidak mencapai sasaran kerana kurangnya kerjasama,” jelasnya.

Sementara itu, Pengasas Safe Johor River, Poh Pai Yik menegaskan bahawa Sungai Tebrau dan Sungai Skudai merupakan antara sungai paling tercemar di negeri ini.

Beliau berkata, meskipun beberapa projek pembersihan telah dilaksanakan oleh kerajaan negeri, keadaan sungai-sungai tersebut masih tidak menunjukkan perubahan yang ketara.

“Membersihkan kedua-dua sungai ini bukanlah tugas mudah dan memerlukan kos yang sangat besar.

“Johor tidak boleh melakukannya sendirian. Bantuan kewangan daripada Kerajaan Persekutuan amat diperlukan,” katanya.

jbzriver301023 - Safe Johor River founder Poh Pai Yik says the setting up of the task force to address dirty rivers in Johor had been proposed for more than 20 years. (Photo by THOMAS YONG)

Pai Yik mengakui membersihkan sungai bukanlah tugas mudah.

Pai Yik menjangkakan proses transformasi Sungai Skudai dan Sungai Tebrau menjadi sungai bersih mungkin mengambil masa sekurang-kurangnya 10 tahun.

Mengulas lanjut, beliau berkata, Johor seharusnya mengambil inspirasi daripada usaha Singapura dalam membersihkan Sungai Kallang dan Sungai Singapura.

“Johor sering mencontohi Singapura dalam perkara positif. Kita juga patut belajar bagaimana mereka berjaya membersihkan sungai-sungai tersebut,” katanya.

Menurut laporan, usaha pembersihan Sungai Kallang dan Sungai Singapura dilakukan antara 1977 hingga 1987.

Langkah-langkah yang diambil termasuk pengerukan sungai, penghapusan sampah, pemindahan sumber pencemaran serta pembinaan infrastruktur kumbahan baharu.

Kerajaan Singapura juga mengalihkan penduduk setinggan, peniaga kecil dan penjual sayur ke kawasan perumahan awam serta pusat penjaja.

Projek pembersihan itu menelan belanja sebanyak SG$300 juta (RM978 juta), namun hasilnya membuktikan keberkesanan langkah tersebut dalam memulihkan ekosistem sungai. — The Star/ZAZALI MUSA

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram