KEPUTUSAN kerajaan untuk tidak lagi menawarkan tol percuma pada musim perayaan mendapat pelbagai reaksi.
Walaupun ramai yang meluahkan rasa amarah berhubung dengan pengumuman tersebut namun ada segelintir warga maya yang menyokong langkah itu sebagai usaha memastikan dana negara digunakan secara lebih berkesan demi kebajikan rakyat.
Menurut seorang pengguna Facebook, Zainuddin Mohamed, langkah itu memungkinkan kerajaan memberi keutamaan kepada bentuk bantuan lain seperti Sumbangan Tunai Rahmah (STR), yang dianggap lebih menyeluruh dan dapat dinikmati oleh pelbagai lapisan masyarakat.
BACA LAGI : [VIDEO] Berang isteri tak dibenarkan cuti, suami 'ambush' pengurus pasar raya dengan penyodok di Brazil
BACA LAGI : [VIDEO] Kena buli di tempat kerja dan dipulau penduduk punca 9 rumah dibakar di Baling
"Berbanding pengecualian tol yang hanya menguntungkan pengguna lebuh raya, bantuan tunai langsung lebih sesuai kerana ia menyasarkan semua golongan," katanya.
Seorang lagi pengguna Facebook, T. M. Arif Putra turut menyokong pendapat tersebut dan menyatakan bahawa tol percuma sebenarnya tidak memberi manfaat kepada golongan yang benar-benar memerlukan.
"Orang susah selalunya tidak menggunakan lebuh raya bertol, jadi pendapatan negara melalui tol lebih baik dimanfaatkan untuk membantu rakyat secara bersasar," ujarnya.
Muhammad Afiq Shokri turut menyokong langkah itu dengan menegaskan bahawa perbelanjaan kerajaan tidak wajar dibazirkan untuk membayar syarikat konsesi demi menyediakan tol percuma.
Sebaliknya, dia mencadangkan agar dana itu digunakan untuk meningkatkan sistem pendidikan dan infrastruktur kesihatan di sekolah-sekolah seluruh negara.
Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, pemberian tol percuma itu mungkin akan dilaksanakan sekiranya terdapat pertimbangan lain dan ia akan diumumkan dari semasa ke semasa.
Sementara itu, seorang pengguna lain, Afiz Rahman mengingatkan bahawa setiap perkara, walaupun kelihatan negatif, boleh membawa hikmah jika dilihat dari sudut positif.
"Cari kebaikan dalam apa-apa keputusan. Itu tanda kita bersyukur.
"Bagi saya, keputusan itu adalah seiring dengan usaha kerajaan untuk memastikan setiap ringgit yang dibelanjakan memberikan impak yang lebih besar kepada masyarakat, terutama dalam sektor kritikal seperti pendidikan, kesihatan, dan bantuan bencana," tulisnya.
Pada Selasa lalu, Kementerian Kerja Raya (KKR) memaklumkan dasar pemberian tol percuma untuk semua perayaan utama tidak akan diteruskan bermula tahun ini termasuk bagi sambutan Tahun Baharu Cina tidak lama lagi.
Bagaimanapun kata Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, pemberian tol percuma itu mungkin akan dilaksanakan sekiranya terdapat pertimbangan lain dan ia akan diumumkan dari semasa ke semasa. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram