
DEWAN Filharmonik Petronas (DFP) bertindak membatalkan program standup-comedy oleh Harith Iskander yang sepatutnya berlangsung pada Sabtu selepas pelawak itu mengeluarkan komen berbaur sindiran terhadap agama Islam.
Perkara berkenaan disampaikan di laman web DFP yang menjelaskan persembahan di bawah siri DFP Punchline itu dibatalkan selain sempat meminta maaf atas keputusan terbabit.
"Kami memohon maaf atas sebarang kesulitan berlaku. Terima kasih atas pemahaman anda dan sokongan berterusan," katanya.
BACA LAGI: Sudah rekod keterangan, polis siasat dakwaan Harith Iskander terima ugutan isu jenaka 'Ham'
BACA LAGI: Jakim panggil Harith Iskander kontroversi 'ham', 'ham sap'
Harith Iskander sepatutnya terlibat dalam program komedi berdiri di DFP pada Sabtu.
Dalam pada itu, peminat yang sudah membeli tiket diberi dua pilihan sama ada boleh ditukar dengan mana-mana konsert anjuran DFP atau Malaysian Philharmonic Orchestra (MPO) di samping boleh menerima pulangan bayaran balik.
"Tiket boleh ditukar dengan mana-mana konsert DFP atau MPO lain dalam musim ini. Kedua, bayaran balik boleh dibuat melalui kaedah pembayaran asal yang digunakan pada masa pembelian.
"Semua pertukaran atau permintaan bayaran balik hendaklah dibuat selewat-lewatnya pada 8 Februari ini," ujarnya.
Keputusan DFP membatalkan program itu dibuat selepas Harith mengeluarkan komen di laman Facebook peribadinya berserta foto memaparkan 'ham sap kopi' berserta kapsyen berbaur sindiran.
Hantaran dibuat ahli komedi tersebut menyaksikan beberapa laporan polis sudah dibuat, termasuk daripada ahli kumpulan Shiro, Shahrol yang berasakan tindakan undang-undang perlu diambil. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram