Isteri pilu tarik jasad suami, 2 anak lemas mandi di Sungai Balak


  • 112
  • Ahad, 05 Mei 2024

Mangsa yang meninggal dunia adalah Arif Fadzil Abdul Saleh, 43, dan dua anaknya masing-masing berusia enam dan sembilan tahun. — Bomba Selangor

KEGEMBIRAAN tiga beranak yang bermandi-manda di Sungai Balak berdekatan Jalan Genting Lama, Batang Kali, Selangor bertukar tragedi apabila mereka disahkan lemas pada Ahad.

Lebih memilukan, mangsa kejadian, Arif Fadzil Abdul Saleh yang merupakan bapa kepada dua anaknya sempat merakam detik manis sebelum kejadian.

Menerusi hantaran di Facebooknya, Arif, memuat naik gambar sebuah van hijau dipercayai miliknya berhenti seketika mengisi petrol di sebuah stesen minyak sebelum menuju ke lokasi berkenaan.

BACA LAGI: Tak serik masuk penjara 23 tahun, bekas banduan didakwa lagi cabul anak saudara di Muar

WhatsApp Image 2024-05-05 at 3.54.13 PM

Detik manis sebelum tragedi lemas berlaku di Sungai Batang Kali, Selangor pada Ahad.

BACA LAGI: Bermula sekadar hobi, isteri atlet para kebangsaan kini tak menang tangan mekap wajah pelanggan

Menceritakan detik peristiwa itu, isteri kepada Arif berkongsi rasa pilunya terpaksa menarik jasad suami dan dua anaknya yang lemas di sungai berkenaan.

Wanita berusia 37 itu meraung kesedihan ketika berusaha menarik tiga jasad insan tersayangnya yang terbunuh dalam tragedi itu.

Kakak ipar mangsa, Siti Fairus Samsudin, 40, dilaporkan berkata, kejadian dipercayai berlaku apabila salah seorang anaknya tergelincir ke dalam sungai berkenaan.

Dalam masa sama, seorang lagi anaknya juga turut terjun menyebabkan arwah Arif Fadzil Abdul Saleh cuba menyelamatkan anaknya namun gagal.

"Ketika kejadian isteri mangsa sedang menjaga bayi yang juga anak bongsu mereka berhampiran sungai berkenaan sebelum menyaksikan tragedi lemas itu di depan mata," katanya.

Menurutnya, ketika ini mereka sekeluarga sedang menunggu maklumat lanjut daripada pihak hospital sebelum membawa pulang ketiga-tiga jenazah untuk dikebumikan.

"Jenazah tiba di Hospital Kuala Kubu Baharu sekitar pukul 4.30 petang tadi. Kita jangka jenazah akan dikebumikan di Kuala Lipis," katanya.

Menurutnya kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan orang ramai dinasihati sentiasa peka dengan keselamatan diri dan anggota keluarga ketika melakukan aktiviti air di kawasan Hulu Selangor bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram