Rizky dan Mahalini kahwin, MUI anggap ikatan tak ikut syariat agama


  • Mukmin
  • Ahad, 05 Mei 2024

Pernikahan pasangan selebriti, Rizky Febian dan kekasihnya Mahalini yang berbeza agama kini hangat dibicarakan.

PEMIMPIN terkemuka Majlis Ulama Indonesia (MUI) mengulangi larangan umat Islam berkahwin dengan pasangan berlainan agama.

Ketua Bahagian Ajaran Islam dan Persaudaraan MUI, Muhammad Cholil Nafis dilaporkan berkata, Islam melarang sekeras-kerasnya penganutnya berkahwin dengan bukan Islam, walaupun pelbagai tafsiran berhubung lelaki Islam mengahwini wanita berbeza agama.

Baru-baru ini, Cholil menjelaskan bahawa dia menentang perkahwinan selebriti Rizky Febian, seorang Muslim, dan kekasihnya Mahalini Raharja, yang dilahirkan beragama Hindu, agama yang dianuti oleh majoriti penduduk asli Bali.

BACA LAGI: Bermula sekadar hobi, isteri atlet para kebangsaan kini tak menang tangan mekap wajah pelanggan

WhatsApp Image 2024-05-05 at 3.20.08 PM

Muhammad Cholil Nafis menegaskan bahawa Islam melarang sekeras-kerasnya penganutnya berkahwin dengan bukan Islam.

BACA LAGI: Tak serik masuk penjara 23 tahun, bekas banduan didakwa lagi cabul anak saudara di Muar

Majlis perkahwinan tradisional kedua-dua penyanyi itu berlangsung di Bali pada Ahad.

"Para ulama telah sepakat bahawa seorang wanita Islam haram menikah dengan lelaki bukan Islam. Manakala wujud perbezaan pendapat mengenai perkahwinan lelaki Islam dengan wanita bukan Islam iaitu ada yang berpendapat boleh dan ada pula yang tidak setuju,” tulis Cholil menerusi kenyataan di laman X.

Bagaimanapun, tanpa mengambil kira perbezaan pendapat ini, pemimpin daripada MUI dan dua pertubuhan Islam utama di Indonesia iaitu Nahdlatul Ulama dan Muhammadiyah, sebulat suara bersetuju bahawa perkahwinan (dalam kedua-dua situasi iaitu salah satu pasangan beragama Islam) tidak mengikut syariat Islam.

"MUI mengeluarkan fatwa mengisytiharkan perkahwinan antara agama sebagai haram dan tidak sah," katanya.

Rizky dan Mahalini mendedahkan hubungan percintaan mereka secara terbuka sejak awal 2022.

Pertunangan mereka berlangsung pada 7 Mei tahun lalu dan majlis perkahwinan dijadualkan di Jakarta pada Selasa ini.

Selama bertahun-tahun, aktivis hak asasi manusia dan ahli akademik mengkritik kerajaan kerana ketiadaan undang-undang mengenai perkahwinan antara agama.

Di bawah undang-undang semasa Indonesia, perkahwinan diiktiraf hanya jika dijalankan mengikut undang-undang dan ajaran agama.

Ini bermakna pasangan berlainan agama tidak boleh berkahwin melainkan satu pihak memeluk agama bakal pasangan mereka. Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram