[VIDEO] Gara-gara elak tayar tercabut, 3 lori bertembung hingga ke pembahagi jalan di Lebuhraya PLUS Sungai Bakap


  • Tular
  • Khamis, 23 Jan 2025

Tangkap layar video memaparkan kemalangan membabitkan tiga buah lori di Lebuhraya PLUS arah utara dekat Sungai Bakap pada Khamis.

SEBANYAK tiga buah lori terbabit dalam satu kemalangan di Kilometer 157 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara di Sungai Bakap, Pulau Pinang awal pagi Khamis.

Menerusi video tular di media sosial, kemalangan dipercayai berlaku di laluan Nibong Tebal menuju ke Batu Kawan, berhampiran Hentian Sebelah Sungai Bakap.

Punca kemalangan juga dipercayai disebabkan sebuah tayar yang tercabut daripada salah sebuah kenderaan terbabit.

BACA LAGI: [VIDEO] ‘Janganlah nangis’, 2 nelayan hanyut berhampiran perairan Pulau Undan diselamatkan ‘rakan sejawatan’ Indonesia

BACA LAGI: Elaun naik RM500, peluang anak muda Kelantan tiada kerja tetap, muncul pelapis pengayuh beca

Dalam kejadian sama, seorang pemandu dikatakan cedera parah di kepala manakala dua lagi belum dapat dipastikan lagi.

Satu daripada lori berkenaan juga dilihat dalam keadaan terbalik di dalam semak tepi jalan.

Manakala, dua lagi lori berada di pembahagi tengah jalan dan tepi lebuh raya tersebut.

Setakat ini, belum ada kenyataan dikeluarkan pihak berkuasa berhubung kemalangan itu. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram