BEBERAPA jalan di Presint Warisan George Town, Pulau Pinang akan ditutup secara berperingkat bagi sambutan Tahun Baharu Cina Pulau Pinang (Miaohui) pada 1 Februari nanti.
Laluan sekitar King Street antara Bishop Street dan Light Street akan ditutup mulai Khamis hingga 7 malam pada 31 Januari ini bagi memudahkan pemasangan pentas utama di hadapan Wisma Great Eastern.
Manakala, fasa kedua pula akan melibatkan penutupan jalan di King Street, Bishop Street, Church Street, Penang Street, China Street, Pitt Street, separuh daripada Ah Quee Street, Soo Hong Lane, Cannon Street dan Armenian Street dari 31 Januari hingga 2 petang 1 Februari nanti.
BACA LAGI: Mahkamah Tinggi tolak permohonan peguam, cabar MCMC hantaran Facebook dipadam
BACA LAGI: Trauma sejak usia 11 tahun, wanita di Ipoh dipaksa rahsiakan perangai terkutuk bapa selama sedekad
Sambutan Miaohui yang pernah dilakukan di Taman Armenia, George Town pada 2024. — The Star
Semua jalan juga akan ditutup kecuali Jalan Chulia dari pukul 2 petang hingga 11.59 malam 1 Februari.
Pengerusi Persatuan Pewaris Budaya Pulau Pinang (PEWARIS), Kwih Shoo Chen menasihatkan pengunjung yang menyertai perayaan itu untuk menggunakan pengangkutan awam atau perkhidmatan e-hailing.
"Kami sudah menyediakan tempat letak kereta. Peta kami menunjukkan jalan yang akan ditutup dan lokasi tempat letak kereta.
"Butiran boleh didapati di laman Facebook Penang Miaohui 2025," katanya.
Beliau menambah bahawa akan ada kakitangan atau anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) untuk menunjukkan arah kepada pemandu dan orang ramai pada hari acara itu.
Ini akan menjadi edisi ke-26 sambutan Miaohui Pulau Pinang yang bermula sejak 1999.
Acara itu juga dijangka termasuk maskot Tahun Ular bernama Ruyi.
Datuk Bandar Pulau Pinang Datuk A. Rajendran dalam pada itu berkata, program tersebut memainkan peranan penting dalam mengekalkan dan mempromosikan warisan budaya tempatan.
Beliau turut menggesa pemandu supaya merancang perjalanan mereka dengan menggunakan laluan alternatif.
"Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) juga berharap para pegunjung dapat mempertimbangkan penggunaan pengangkutan awam bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas di sekitar kawasan tersebut," katanya.
Rajendran pada masa sama mengingatkan pengunjung supaya tidak menggunakan plastik pakai buang seperti penyedut minuman plastik dan menggesa mereka menggunakan 38 tong sampah yang disediakan oleh MBPP. — The Star/K. KASTURI DEWI
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram