DARIPADA lebih 40 spesies ikan lumba-lumba, orca (ikan paus pembunuh) adalah yang terbesar populasinya, manakala ikan lumba-lumba bottlenose adalah yang paling biasa dijumpai.
Apabila anda melihat sekumpulan mamalia marin itu berenang di lautan terbentang luas, pernahkah anda terfikir bagaimana haiwan-haiwan tersebut mendapat sumber air?
Adakah mereka minum air masin, atau adakah ikan lumba-lumba perlu mencari sumber air tawar untuk diminum? Atau, lebih menakjubkan lagi, adakah benar bahawa ikan lumba-lumba tidak minum air?
BACA LAGI: Dari jurutera awam ke pemanah berkuda, Shaidin turunkan ilmu kepada anak sehingga menjadi juara
Orca (ikan paus pembunuh) merupakan haiwan pemangsa di lautan. — Agensi
Jawapannya adalah benar, mereka tidak perlu minum air untuk kekal hidrat.
Faktor fisiologi pada ikan lumba-lumba menyebabkan mereka mempunyai kemungkinan agak rendah untuk mengalami dehidrasi berbanding haiwan darat yang sentiasa terdedah kepada cahaya matahari.
Sebaliknya, ikan lumba-lumba sebagai haiwan pemangsa memperoleh kelembapan melalui makanan seperti ikan dan mangsa lain yang dimakan.
Mamalia marin lain, seperti ikan paus dan anjing laut, menunjukkan tingkah laku yang serupa seperti ikan lumba-lumba.
Selain itu, ikan lumba-lumba tidak mengunyah dan menelan makanan mereka secara keseluruhan. Tetapi kenapa haiwan itu berbuat demikian?
Hal ini mengurangkan risiko mangsa tersekat di dalam tekak mereka. Sebaliknya, gigi mereka digunakan terutamanya untuk menggenggam makanan. — The Star/GISELE SOO
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram