Hanya mitos, tak bahaya pun tidur di bawah kipas terpasang berjam-jam


  • Massa
  • Rabu, 22 Jan 2025

Tidur dengan kipas yang dihidupkan sama ada kipas siling, berdiri atau variasi lain adalah tidak berbahaya dan tidak memudaratkan kesihatan. — Gambar hiasan

TERDAPAT banyak artikel dalam talian membincangkan dakwaan bahaya tidur dengan kipas yang dipasang. Namun, adakah benar bahawa tabiat itu boleh memudaratkan kesihatan?

Pakar menyatakan bahawa tidur dengan kipas yang dihidupkan sama ada kipas siling, berdiri atau variasi lain adalah tidak berbahaya dan tidak memudaratkan kesihatan.

Menurut pakar, salah satu kebimbangan adalah kipas elektrik boleh menggerakkan habuk di dalam bilik, yang boleh mencetuskan alahan.

BACA LAGI: [VIDEO] Kecewa bisnes kerap ditipu, fans sokong projek kurta Zizan Razak siap minta buat 'plus size', kain pelekat

BACA LAGI: Bukti cinta sejati, Stephen Chow sanggup membujang lepas hubungan cinta dengan Ms Butterfly tak direstui ibu

Bagaimanapun ia hanya menjadi masalah kepada individu yang sememangnya mempunyai alahan habuk.

"Udara sejuk dari kipas juga dikatakan boleh mengeringkan saluran hidung semasa tidur sehingga menyebabkan kesesakan serta mengeringkan kulit dan mata.

"Namun, ini lebih kerap berlaku kepada individu yang tinggal di kawasan beriklim sejuk dan kering," jelas para penyelidik.

Laporan turut menunjukkan bahawa kebimbangan terhadap kipas elektrik mula muncul pada awal abad ke-20 ketika teknologi itu baru sahaja diperkenalkan.

Di Korea, kebimbangan tersebut menjadi isu utama dengan pelbagai kisah dilaporkan di media, antaranya termasuk kipas elektrik yang dikatakan boleh menyebabkan mual, asfiksia, hipotermia dan kelumpuhan wajah.

Namun begitu, penyelidikan mendapati bahawa kebimbangan ini tidak berasaskan fakta saintifik dan lebih kepada mitos urban yang terus wujud sejak bertahun-tahun.

Kesimpulannya, penggunaan kipas elektrik untuk keselesaan tidur tidak perlu dirisaukan kecuali bagi individu yang mempunyai alahan habuk atau berada di kawasan beriklim sejuk yang boleh menyebabkan kekeringan. — The Star/NIKLAS ALBAKRI

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram