[VIDEO] Kepala berdarah, ibu bapa terlepas pandang anak kecil lari berkaki ayam tak sengaja pecahkan pintu pasar raya di Kuala Terengganu


  • Tular
  • Selasa, 21 Jan 2025

Tangkap layar video memaparkan insiden yang berlaku di sebuah pasar raya terkemuka di Kuala Terengganu, Terengganu baru-baru ini.

SEORANG kanak-kanak dilaporkan terlibat dalam satu insiden di sebuah pasar raya di Gong Badak, Kuala Terengganu, Terengganu pada Isnin.

Berdasarkan rakaman video kamera litar tertutup (CCTV) tular di media sosial sejak Selasa, kanak-kanak terbabit dilihat bermain seorang diri tanpa pengawasan ketat orang dewasa atau ibu bapanya.

Kanak-kanak itu kemudiannya berlari dan memegang pintu kaca di laluan utama.

BACA LAGI: Bangga KLCC buat orang luar kenal Malaysia, bekas staf PBB New York kongsi suasana wakili negara di perantauan

BACA LAGI: Suasana suram bertukar ceria, aktiviti santai di hospital pulih emosi pesakit, perkukuh hubungan komuniti

Beberapa saat kemudian, pintu tersebut secara tiba-tiba pecah sebelum serpihan kaca dilihat terkena mangsa.

Mangsa yang turut terkejut dengan kejadian itu kemudiannya berlari dan menjauhi kawasan tersebut.

Difahamkan, kanak-kanak terbabit yang sebelum itu berlari tanpa memakai kasut, mengalami kecederaan di kepala yang menyebabkan dia mengalami pendarahan.

6087101065670540844

Serpihan kaca itu sekali gus menyebabkan kepala kanak-kanak tersebut luka dan berdarah. — Media sosial

Belum ada kenyataan dikeluarkan pihak berkuasa mahu pun pasar raya berhubung insiden itu.

Sementara itu, rata-rata warganet mengecam tindakan ibu bapanya yang dianggap tidak peka sehingga merisikokan keselamatan pengguna.

"Ada saksi di kedai makan depan pintu katanya nampak memang budak itu main pintu kaca. Mak ayahnya cuma larang sahaja tetapi tak ambil anak dia.

"Maka, budak itu pun ketuk-ketuk pintu kaca dan akhirnya hancur berderai barulah kalut nak berlari tengok anak," komen Yuyu Abdul Rahman.

"Kecuaian membawa padah, mak ayah kalau bawak anak-anak masuk mana-mana pasar raya pantau baik-baik kelakuan mereka.

"Jangan biarkan berlari sesuka hati," tambah Cksue Suriaa. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram