Lelaki sesak nafas meninggal di samping rakan ketika daki Bukit Kledang


  • 112
  • Isnin, 13 Jan 2025

Lelaki berusia 54 tahun maut selepas mengalami sesak nafas ketika membuat pendakian di Bukit Kledang, Menglembu, Perak pada Isnin.

SEORANG lelaki berusia 54 tahun maut selepas mengalami sesak nafas ketika melakukan pendakian di Bukit Kledang, Menglembu, Kinta, Perak pada Isnin.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, mangsa dikenali sebagai Low Chaw Ming mengalami sesak nafas sebelum pengsan kira-kira pukul 3 petang.

“Kami menerima panggilan kecemasan sekitar pukul 3.05 petang.

"Apabila kami tiba, skuad bomba sukarela Pekan Baru dan Menglembu sedang berusaha untuk menyelamatkan mangsa," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

BACA LAGI: Dari jurutera awam ke pemanah berkuda, Shaidin turunkan ilmu kepada anak sehingga menjadi juara

BACA LAGI: Gulai belut dan stimbot keju jadi tumpuan, ini 5 port makan tawar menu enak wajib singgah di Kelantan

Sewaktu itu, Sabarodzi berkata, anggota Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) tiba di tempat kejadian, menilai mangsa dan mengesahkan kematiannya.

Beliau berkata, sewaktu membuat pendakian itu, mangsa ditemani seorang rakan semasa mendaki.

Susulan itu, mayat mangsa telah diserahkan kepada pihak untuk tindakan selanjutnya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram