AGC boleh bawa kes pukul pak cik OKU ke mahkamah jika ada kesalahan — Fahmi Fadzil


  • Primer
  • Selasa, 21 Jan 2025

Tangkap layar video tular memaparkan mangsa yang juga seorang OKU dipukul beramai-ramai selepas dikatakan terlanggar salah satu gerai penjaja di Pasar Tani Padang Astaka.

KES serangan terhadap seorang lelaki orang kelainan upaya (OKU) di Pasar Tani Padang Astaka, Terengganu akan diserahkan sepenuhnya kepada Pejabat Peguam Negara untuk tindakan lanjut.

Memetik laporan Buletin TV3, Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, kerajaan menyerahkan perkara tersebut kepada pihak berkuasa bagi mengambil langkah sewajarnya.

Menurutnya, sekiranya pihak polis mendapati ada kesalahan yang berlaku, maka ia terserah kepada Pejabat Peguam Negara untuk membawa kes itu ke mahkamah.

BACA LAGI: [VIDEO] Kepala berdarah, ibu bapa terlepas pandang anak kecil lari berkaki ayam tak sengaja pecahkan pintu pasar raya di Kuala Terengganu

BACA LAGI: [VIDEO] 'Dunia terlalu kejam untukmu', anak pak cik OKU hiba lihat keadaan bapa

Fahmi turut meluahkan kekesalannya terhadap insiden tersebut. The Star

Beliau juga difahamkan bahawa beberapa individu berkaitan kejadian sudah ditahan oleh pihak berkuasa setakat ini.

Fahmi pada masa sama kesal terhadap insiden yang menimpa mangsa.

Katanya, perkara seperti itu tidak sepatutnya berlaku.

"Ada yang menulis dalam media sosial bahawa menghukum itu tidak boleh diswastakan dan saya sangat terkesan dengan ayat itu.

"Kita tidak boleh menghukum (pukul) walau apa yang berlaku. Kita tidak boleh ambil tindakan sendiri dan serahkan kepada pihak berkuasa untuk ambil tindakan," katanya pada Selasa.

Dalam kejadian kira-kira pukul 9.30 pagi Jumaat minggu lalu, mangsa seorang OKU mental berusia 47 dipukul beberapa individu.

Berikutan itu, mangsa mengalami kecederaan dipercayai akibat dipukul dan disepak oleh beberapa individu dipercayai peniaga dan pembeli di pasar tani berkenaan.

Mangsa dipukul dipercayai selepas motosikal ditunggangnya terlanggar salah sebuah gerai jualan menyebabkan makanan yang dijual terjatuh dan tumpah. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram