Tiga hari menyorok, suspek kes dadah lolos dari IPD Tangkak berjaya diberkas semula


  • 112
  • Sabtu, 18 Jan 2025

Suspek kes dadah yang lolos dari tahanan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tangkak, Johor, tiga hari lalu berjaya diberkas semula di sebuah rumah di Kluang pada Sabtu.

SUSPEK kes dadah yang lolos dari tahanan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tangkak, Johor, tiga hari lalu berjaya diberkas semula di sebuah rumah di Kluang pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintendan Roslan Mohd Talib berkata, suspek lelaki berusia 38 yang ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952, diberkas ketika bersembunyi di sebuah rumah pada pukul 10.50 pagi.

"Polis menerima maklumat mengenai keberadaan lelaki itu sebelum bergegas ke lokasi.

BACA LAGI: [VIDEO] Padah leka sesaat, pekerja kilang maut kepala tersepit mesin pemampat di Turkiye

BACA LAGI: [VIDEO] Budak lelaki parah, melambung ke udara selepas bakar mercun dalam sistem pembetungan di China

"Sebaik tiba di lokasi, polis mendapati lelaki terbabit adalah dikehendaki polis selepas melarikan diri dari IPD Tangkak pada pukul 1.30 tengahari, 15 Januari lalu.

"Hasil tangkapan membawa kepada penemuan dan rampasan sebuah motosikal jenis Honda RSX biru yang hilang dan digunakan suspek untuk melarikan diri," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Tambah beliau, pihak polis juga berjaya menangkap dua rakan suspek disyaki bersubahat melindunginya semasa melarikan diri.

"Suspek bersama-sama dua rakan subahatnya dibawa ke IPD Tangkak untuk siasatan lanjut bawah Seksyen 223 dan 224 Kanun Keseksaan kerana lari daripada jagaan yang sah," katanya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram