[VIDEO] Perkara asas 'rider' perlu tahu, perlahankan motosikal sekiranya melalui garisan putih atau kuning elak hilang kawalan


  • Massa
  • Sabtu, 18 Jan 2025

Tangkap layar kemalangan melibatkan seorang penunggang motosikal di sebuah lebuh raya baru-baru ini.

PENUNGGANG motosikal sering menjadi perhatian apabila membincangkan soal keselamatan jalan raya.

Walaupun banyak yang sudah biasa dengan pemakaian topi keledar dan jaket pelindung, ada langkah-langkah kecil yang sering dianggap remeh tetapi mampu menyelamatkan nyawa mereka.

Salah satu aspek yang sering diabaikan ialah bahaya melanggar garisan putih atau kuning pada kelajuan tinggi.

BACA LAGI: [VIDEO] Padah leka sesaat, pekerja kilang maut kepala tersepit mesin pemampat di Turkiye

BACA LAGI: [VIDEO] Budak lelaki parah, melambung ke udara selepas bakar mercun dalam sistem pembetungan di China

Walaupun nampak biasa, tindakan ini boleh membawa akibat buruk, terutama ketika hujan.

Permukaan garisan jalan yang licin sering menyebabkan tayar motosikal tergelincir, mengakibatkan gegaran kuat dan kehilangan kawalan.

Seorang pengguna laman X (Twitter) @Fitri_Nizam berkongsi pengalaman cemasnya baru-baru ini selepas melihat seorang penunggang motosikal terlibat dalam satu kemalangan kendiri di sebuah lebuh raya baru-baru ini.

Walaupun individu berkenaan tidak menyatakan lokasi sebenar kejadian tersebut, namun ia sudah cukup memberi pengajaran kepada penunggang motosikal lain.

Fitri turut menasihati pengguna jalan raya yang lain agar lebih berhati-hati melalui garisan lintang putih atau kuning.

"Yang selalu naik motosikal pergi kerja itu, tolong jangan langgar garisan putih atau kuning pada kelajuan tinggi sebab akan menyebabkan gegaran kuat dan hilang kawalan, lagi-lagi ketika hujan. Semoga abang itu baik-baik saja," ciapnya.

Melalui video yang dikongsikan itu, penunggang motosikal berkenaan hilang kawalan selepas melanggar garisan putih.

Lebih malang lagi, mangsa dilihat jatuh berguling beberapa kali. Namun, tidak dapat dipastikan keadaan mangsa selepas kejadian itu.

Menjengah ke ruangan komen, seorang warga maya, @Khairul_Az turut menitip nasihat yang sama.

"Keselamatan di jalan raya bukan sekadar tentang kemahiran menunggang, tetapi juga kesedaran terhadap risiko kecil yang sering terlepas pandang.

"Jangan tunggu sehingga berlaku sesuatu yang tidak diingini untuk berubah. Aku sendiri pernah kemalangan sebab ketika melalui garisan putih itu dua tahun lalu.

"Serik dah, sekarang ini memang aku bawa perlahan," katanya.

Untuk makluman, kes kemalangan maut semakin meningkat dengan 5,939 kematian direkodkan sehingga November tahun lalu.

Angka itu merupakan sebahagian daripada 585,729 kemalangan yang dicatatkan dalam statistik Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Polis Diraja Malaysia.

Daripada angka tersebut, 67 peratus atau 4,014 kematian adalah melibatkan penunggang dan pembonceng motosikal berusia 16 hingga 35 tahun.

Dengan lebih 60 peratus kemalangan maut di Malaysia melibatkan motosikal, mesej ini jelas menunjukkan penunggang motosikal perlu menjadikan keselamatan sebagai keutamaan. Setiap langkah kecil mampu membuat perubahan besar dalam melindungi nyawa mereka. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram