SEORANG bekas datuk bandar yang ditangkap dalam Op Ragada dipercayai terlibat dalam sindiket penggubahan wang haram.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, bekas datuk bandar itu dan seorang lagi suspek dibebaskan dengan jaminan polis atas faktor kesihatan dan usia.
Sebelum ini, pihak polis menangkap lima individu, termasuk pegawai atasan dari syarikat penyiaran yang sama untuk membantu siasatan. Mereka dilaporkan berumur sekitar 26 hingga 62 tahun.
BACA LAGI: Polis tahan pegawai kanan sebuah syarikat penyiaran di Sarawak bantu siasatan kes jenayah komersial
BACA LAGI: Tempoh reman CEO syarikat penyiaran, 3 individu dilanjutkan 3 hari — KPN
"Kesemua yang ditangkap, termasuklah bekas datuk bandar, merupakan pegawai berpangkat tinggi sebuah syarikat penyiaran yang kami percaya meluluskan projek yang tidak sepatutnya.
"Penangkapan itu juga melibatkan pihak-pihak yang telah menerima hasil yang diperoleh secara tidak sah dari projek-projek tersebut," jelas Razarudin.
Daripada lima yang ditahan, hanya satu dilepaskan dengan jaminan polis. Sementara bakinya yang terdiri daripada isteri pegawai tersebut, anak dan ipar masih lagi direman untuk membantu siasatan.
Siasatan mendapati yang modus operandi mereka adalah menggubah wang melalui transaksi perbankan yang mencurigakan. Selain itu, mereka turut melakukan pecah amanah, penipuan tender dan memberikan tender kepada diri sendiri atau ahli keluarga.
Kes disiasat di bawah Seksyen 4(1) Akta Pengubahan Wang Haram, Pembiayaan Keganasan dan Hasil Aktiviti Haram 2001 (Akta 613), Seksyen 409 Kanun Keseksaan, Seksyen 420 Kanun Keseksaan, Seksyen 403 Kanun Keseksaan dan Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009. — The Star/JUSTIN ZACK
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram