POLIS menahan seorang remaja lelaki berusia 16 tahun kerana dipercayai memandu kenderaan tanpa lesen sehingga mengakibatkan kemalangan yang meragut nyawa lima individu di Jalan Stutong Baru, Kuching, Sarawak pada Selasa.
Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Mohd Farhan Lee Abdullah berkata, siasatan awal mendapati kenderaan dipandu suspek hilang kawalan sebelum terbabas ke jalan bertentangan dan merempuh dua motosikal serta dua kereta.
Menurutnya, akibat kemalangan tersebut, empat mangsa iaitu tiga lelaki dan seorang wanita warga tempatan berusia antara 16 hingga 45 tahun disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
BACA LAGI: [VIDEO] Bas persiaran bawa jemaah surau rempuh belakang lori di Sungai Bakap
BACA LAGI: [VIDEO] Lelaki selamba selongkar beg, bawa lari kad bank milik pemandu lori di Kajang
"Seorang lagi mangsa berusia 16 tahun meninggal dunia ketika menerima rawatan di unit kecemasan," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa malam.
Mohd Farhan berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu atau berbahaya sehingga menyebabkan kematian.
"Orang awam yang mempunyai maklumat mengenai kejadian tersebut diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Lucas Apin di talian 013-8246881/ 082-259900 atau melaporkan ke mana-mana balai polis yang berdekatan," katanya. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram