DETIK mencemaskan untuk sekumpulan pekerja dan pengunjung restoran apabila sebuah kapal tongkang melanggar kafe dikenali sebagai Kafe Panorama Mahakam di Jalan Hajijah RT 10, Kelurahan Sungai Kledang, Kecamatan Samarinda Seberang, Kota Samarinda, Kalimantan Timur, Indonesia pada Selasa
Difahamkan kapal tongkang tersebut bernama Marine Power dengan nombor MHKL 205 dengan dikatakan tidak membawa apa-apa muatan, melanggar restoran berkenaan sekitar pukul 2 petang.
Menurut salah seorang saksi, Andri, 40, kenderaan tersebut memutuskan tali dari kapal utama sehingga kapal tersebut dibawa angin dan menyebabkan kerosakan pada kafe tersebut.
BACA LAGI: Perang di Gaza barakhir, laungan takbir iringi perjanjian gencatan senjata
BACA LAGI: Cinta terhalang punca anak menteri berkahwin di Thailand, sijil nikah sah — Ketua Polis Negara
"Tadi hujan lebat dan angin kencang. Kemudian haluan kapal betul-betul menghadap ke sini (restoran) apabila angin bertiup kencang dan talinya putus,” katanya.
Tambah Andri, terdapat sebilangan pengunjung di restoran berkenaan sedang menikmati makanan dan minuman di Kafe Panorama Mahakam ketika insiden terbabit berlaku.
Menurutnya, ketika kejadian, kapal dan bot penduduk tempatan dengan pantas dapat menunda kapal tersebut dan tindakan tersebut membantu daripada berlakunya kerosakan lebih besar.
Dalam pada itu, pemilik kafe itu mengesahkan bahawa premisnya baru sahaja diubah suai dan ia jelas akan membuatkan mereka mengalami kerugian mencecah ribuan ringgit.
@bajaklaot hujan angin #viral#samarinda ♬ suara asli - besitua
“Kerja-kerja pengubahsuaian baru dilakukan,” jelasnya. Asas itu sukar dibina. Saya pun pening, dah dua kali buat, selepas ini kena baiki lagi,” sambungnya seperti dilaporkan Kaltim Post.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Samarinda, AKP Rachmat Ariwibowo berkata, sebanyak 15 saksi daripada kru kapal dan penduduk setempat akan disoal siasat berhubung kemalangan berpunca daripada putusnya tali penarik tongkang Marine Power 3036 itu.
“Selepas menerima maklumat, anggota terus turun padang untuk melihat keadaan dan membawa saksi.
“Hasil pemeriksaan kru kapal menunjukkan tali itu putus, lalu kapal senget dan merempuh sebuah restoran,” jelasnya.
Difahamkan, cuaca buruk dan angin kencang menjadi faktor utama menyebabkan kemalangan terbabit. Dalam kejadian itu, tiada kemalangan jiwa berlaku, namun kerugian dianggarkan mencecah ribuan ringgit. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram