DETIK cemas sebuah lori marak terbakar dan bergerak sendiri tanpa pemandu seperti filem Ghost Rider yang mencetuskan suasana panik di Jalan Cyberjaya-Dengkil, Putrajaya pada Isnin rupanya dipercayai berpunca daripada 'overheating' di bahagian enjin.
Memetik laporan Harian Metro, Ketua Polis Sepang, Asisten Komisioner Norhizam Bahaman berkata, kejadian pukul 6.30 petang itu dilaporkan berlaku apabila seorang lelaki dalam perjalanan dari Dengkil menghala ke Puchong memandu lori terbabit.
Menurur Norhizam, apabila tiba di Kilometer 38 pengadu perasan asap keluar dari bahagian enjin dan cuba memberhentikan kenderaan di tepi jalan namun tidak sempat kerana api telah marak sebelum terjun keluar dari lori terbabit.
BACA LAGI: Cinta terhalang punca anak menteri berkahwin di Thailand, sijil nikah sah — Ketua Polis Negara
BACA LAGI: [VIDEO] Pemuda Malaysia antara 7 cedera, bom meletup dekat balai polis di Pattani
Tambahnya, pengadu terjun keluar dan lori berkenaan terus bergerak sendiri di atas jalan raya.
Difahamkan, individu itu mengalami luka ringan selepas terjun manakala lori yang dipandu hangus terbakar.
Video itu tular di media sosial sejak Selasa yang memaparkan lori yang terbakar bergerak sendiri seperti dalam filem Ghost Rider.
Norhizam berkata, pengadu memaklumkan kejadian kepada pemilik lori namun memberitahu kepada pengadu supaya membuat laporan polis sebagai makluman. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram