PIHAK polis di Tennessee, Amerika Syarikat (AS) menahan seorang lelaki dan wanita yang dipercayai abang serta teman wanita kepada suspek insiden menembak dua pegawai polis pada Jumaat (waktu Malaysia).
Polis berkata, Kenneth DeHart, 42, masih bebas selepas kejadiannya menembak dua Timbalan Syerif Daerah Blount iaitu Greg McGowan dan Shelby Eggers yang terbunuh ketika mereka menjalankan tugas.
Abang Kenneth iaitu Marcus DeHart, 41 tahun ditahan pihak polis bagi membantu pihak berkuasa menjalankan siasatan selepas lelaki berkenaan didakwa membantu saudaranya selepas kejadian tembakan itu.
BACA LAGI: Polis buru 7 lagi suspek dipercayai tetak 'Si Hitam Miri' hingga maut di Kuching
BACA LAGI: Polis bantuan TNB maut, kereta bertembung 4X4 terlibat kemalangan dengan 9 ekor lembu
Traffic stop of Kenneth Wayne DeHart Jr.
He was accused of fatally shooting a Blount County deputy and wounding another during a traffic stop in February. He then led authorities on a five-day manhunt before he was arrested on Feb. 13 in East Knoxville.
Rest of traffic stop is in... pic.twitter.com/IfpHRIzYgz
— truth seeker (@truthseekerasu) December 2, 2024
Marcus ditahan di Penjara Blount County, Maryville dengan bon jaminan $1 juta (RM4.5 juta) dengan kehadiran mahkamah yang dijadualkan pada Isnin.
Selain Marcus, pegawai polis turut menahan teman wanita suspek iaitu Carrie Mathews, 32, untuk membantu siasatan dan kini wanita berkenaan ditahan di Penjara Sevier County, Sevierville.
Pejabat Polis Blaine County dan lain-lain kini menawarkan lebih daripada $80,000 (RM350,000) sebagai ganjaran untuk mencari Kenneth. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram