Budak 11 tahun tahan sakit kaki tertusuk besi rim basikal di Kota Belud


  • 112
  • Rabu, 15 Jan 2025

Kanak-kanak lelaki itu terpaksa menahan sakit selepas kakinya tertusuk besi rim basikal di Kampung Siasai Tamu, Kota Belud, Sabah pada Selasa. — BBP Kota Belud

SEORANG kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun mengalami kecederaan selepas kaki kirinya tertusuk besi rim basikal di Kampung Siasai Tamu, Kota Belud, Sabah pada Selasa.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Belud, Penolong Penguasa Bomba Muhammad Syazwan Latun berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu kira-kira pukul 5.23 petang.

Beliau berkata, kakitangan perubatan dari hospital daerah turut hadir untuk memberikan bantuan.

BACA LAGI: [VIDEO] Bas persiaran bawa jemaah surau rempuh belakang lori di Sungai Bakap

BACA LAGI: [VIDEO] Lelaki selamba selongkar beg, bawa lari kad bank milik pemandu lori di Kajang

"Sejurus tiba di lokasi kejadian didapati kaki kiri kanak-kanak berkenaan tertusuk besi rim basikal.

"Pasukan bertindak membuka rim basikal tersebut dan mangsa kemudian dibawa ke hospital dengan ambulans untuk menjalani x-ray dan rawatan lanjut," katanya.

Jelas beliau, anggota bomba kemudian digerakkan semula ke Hospital Kota Belud untuk bantuan memotong besi rim basikal itu menggunakan peralatan pemotong khas.

"Mangsa mendapat rawatan daripada pihak hospital sebaik selesai. Selepas memastikan keadaan selamat, operasi ditamatkan pukul 9.48 malam,” maklumnya. — The Star/KRISTY INUS

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram