MAYAT seorang lelaki dipercayai warga tempatan ditemui terapung di Blok 94, Program Perumahan Rakyat (PPR) Kampung Limau, di Pantai Dalam, Kuala Lumpur pada Selasa.
Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur (PGOKL) dalam kenyataan berkata, pihaknya menerima panggilan MERS 999 berhubung penemuan mayat itu pukul 11.34 pagi.
BACA LAGI: Mayat wanita dengan kesan tikaman di leher, badan ditemui di tanah perkuburan di Rawang
BACA LAGI: Pemandu lori terlibat kes penemuan mayat dalam bonet kereta di Mersing didakwa Khamis
"Sebuah jentera bersama tujuh tujuh anggota lain-lain pangkat dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pantai dikerah ke lokasi kejadian sebagai 'first responder'.
"Menurut Komander Ramli Mohamad, setibanya pasukan di lokasi kejadian mendapati terdapat mayat seorang lelaki terapung," katanya dalam kenyataan pada Selasa.
Dalam kenyataan itu juga memaklumkan, pasukan operasi menggunakan tali dan pengusung untuk membawa naik mayat berkenaan ke tebing sungai.
PGOKL ketika membawa naik mayat berkenaan ke tebing sungai. — JBPM
Menurutnya, mayat berkenaan berjaya dibawa keluar dari air kira-kira pukul 12.33 tengah hari Selasa.
"Mayat dipercayai seorang lelaki tempatan dan lain-lain maklumat tidak dapat dikenal pasti.
"Seterusnya mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya," tambahnya. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram