Pengasuh taska ditahan susulan kes kematian bayi 4 bulan di Bandar Saujana Putra


  • 112
  • Ahad, 12 Jan 2025

Bayi berusia empat bulan tersebut dibawa pulang dari taska di Bandar Saujana Putra dalam keadaan tidak bernyawa.

SEORANG pengasuh sebuah taman asuhan kanak-kanak (Taska) di Bandar Saujana Putra, Kuala Langat, Selangor ditahan bagi membantu siasatan berhubung kematian bayi lelaki berusia empat bulan pada 3 Januari lalu.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superitendan Akmalrizal Radzi berkata, wanita warga tempatan berusia awal 30-an itu bagaimanapun dibebaskan dengan jaminan selepas diambil keterangan.

"Polis kini menunggu arahan daripada Timbalan Pendakwaraya untuk tindakan selanjutnya," katanya pada Ahad.

BACA LAGI: Taska terkait kes kematian bayi 4 bulan di Saujana Putra tiada lesen, diarah tutup

BACA LAGI: Polis siasat kematian bayi 4 bulan ketika dibawa ke klinik di Bandar Saujana Putra

Pada Sabtu, Akmalrizal dilaporkan berkata, siasatan awal mendapati terdapat unsur kecuaian atau pengabaian oleh pengasuh tersebut yang didapati meninggalkan mangsa tanpa pemantauan sewajarnya bagi tempoh yang lama.

Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Selangor, Azmir Kassim sebelum ini berkata, taska yang dipercayai terlibat dalam kes kematian bayi itu diarahkan tutup pada Selasa lalu. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram