Peningkatan kos operasi punca tambang bas sekolah naik sehingga RM10 bermula Februari


  • Massa
  • Rabu, 08 Jan 2025

Kenaikan antara RM5 ke RM10 boleh dikatakan amat berpatutan seperti mana ditegaskan Presiden GPBSM, Mohd Rofik Mohd Yusof.

TAMBANG bas sekolah akan dinaikkan dalam lingkungan antara RM5 ke RM10 bermula Februari depan, tegas Gabungan Persatuan Pengusaha Bas Sekolah Malaysia (GPBSM).

Presidennya, Mohd Rofik Mohd Yusof berkata, pengusaha bas sudah menyatakan hasrat menaikkan tambang, namun keputusan akan dibuat berdasarkan persetujuan antara mereka dan ibu bapa.

Menurutnya, ibu bapa masih boleh membuat perbincangan dan mengesahkan kenaikan dengan pengusaha masing-masing kerana tiada sebarang paksaan akan dibuat untuk menerima harga baharu itu.

BACA LAGI: Tambang bas ekspres ekonomi naik 10 peratus sempena Aidilfitri

BACA LAGI: PPBSM dedah alasan tambang bas sekolah naik RM10 ke RM20

A security guard helps students disembark the school bus outside DSKL in Lorong Utara B, Petaling Jaya.

Ibu bapa masih boleh membuat perbincangan dengan pengusaha bas masing-masing.

Mohd Rofik berkata, sekiranya penjaga tidak bersetuju dengan kenaikan itu, mereka boleh memilih pengusaha bas yang menepati bajet ditetapkan sambil menegaskan keputusan itu dibuat kerana terdapat peningkatan kos operasi.

"Walaupun pengusaha bas sekolah menerima subsidi diesel, kos lain seperti alat ganti, tayar dan insurans sudah meningkat," katanya.

Jelasnya, peningkatan kos antara RM5 ke RM10 adalah sangat berpatutan dan sempat memberitahu gaji minimum pemandu bas akan ditetapkan pada RM1,700.

"Sesetengah ahli persatuan berkata, sekiranya mereka tidak dapat menampung kos operasi, masing-masing tidak dapat meneruskan perusahaan itu. Ibu bapa dan pengusaha perlu bertolak ansur mengenainya," katanya lagi.

Dia turut menegaskan kerajaan tidak akan campur tangan berhubung kenaikan harga itu kerana persatuan tersebut sudah menetapkannya sejak 10 tahun lalu sambil mengharapkan pihak atasan menyedari kos operasi yang semakin tinggi. — The Star/HO JIA WEN

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram