DUA lelaki maut selepas lori muatan besi yang mereka naiki terbabas ke dalam gaung di Kilometer 42.1 Lebuhraya Pantai Timur (LPT1) Arah Kuantan, Pahang pada Isnin.
Melalui maklumat awal yang dikongsikan warga maya, pemandu dan kelindan tersebut meninggal dunia di tempat kejadian ekoran daripada kecederaan parah.
Turut tular satu video memaparkan kejadian kemalangan rakaman kemalangan tersebut.
BACA LAGI: [VIDEO] Lelaki meraung kesakitan, patah kaki motosikal dirempuh warga asing di Serendah
Sementara itu, Penolong Pengarah Bahagian Operasi dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Penguasa Kanan Bomba 1, Mohd Salahuddin Isa dalam satu kenyataan mengesahkan kejadian terbabit.
Katanya, jasad dua lelaki dikeluarkan selepas lebih 12 jam terperangkap dan tersepit dalam lori yang membawa muatan besi tersebut.
"Kedua-dua mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
Dua lelaki dikhuatiri maut selepas lori muatan besi yang mereka naiki terjatuh ke dalam gaung di di Kilometer 42.1 Lebuhraya Pantai Timur (LPT1) Arah Kuantan, Pahang pada Isnin.
Orang Awam pic.twitter.com/eixAfNi13C
— Nadine Ardine (@MoMoT_Nadine) January 7, 2025
"Mangsa pertama dikenali sebagai Norazuat Mokhtar berjaya dikeluarkan pada pukul 7.47 pagi pada Selasa manakala mangsa kedua, identitinya masih belum dikenal pasti dikeluarkan pada pukul 9.30 pagi Selasa.
"Komander operasi melaporkan hasil dari kerja-kerja pencarian di lokasi, didapati terdapat dua lelaki dewasa tersepit di bahagian pemandu dan bahagian penumpang.
"Kita mendapatkan bantuan Unit K9 dan dua anjing pengesan, Grouse dan Lady bersama tiga anggota membuat pencarian di sekitar kawasan kejadian selain bantuan rakan-rakan strategik lain," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.
Tambah beliau lagi, mangsa berjaya ditemui dan kerja-kerja memotong besi menggunakan peralatan menyelamat serta gergaji bulat bagi membawa mangsa keluar untuk diserahkan kepada pihak polis bagi tindakan lanjut. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram