Lelaki ditahan disyaki menyamar jadi polis, samun warga asing di Klang


  • 112
  • Ahad, 05 Jan 2025

Seorang lelaki ditahan kerana disyaki menyamar sebagai polis sebelum menyamun sebuah keluarga warga asing di Meru dekat Klang pada Sabtu. 

SEORANG lelaki ditahan kerana disyaki menyamar sebagai polis sebelum menyamun sebuah keluarga warga asing di Meru dekat Klang, Selangor pada Sabtu.

Menurut Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S Vijaya Rao, suspek didakwa ke rumah didiami keluarga warga asing itu dan memperkenalkan diri sebagai polis sebelum meminta pengadu membuat bayaran sebanyak RM4,000 jika tidak mahu ditangkap.

"Disebabkan berasa terancam, pengadu dan ahli keluarga menyerahkan dua cincin emas serta satu telefon bimbit jenis iPhone XR kepada suspek.

BACA LAGI : [VIDEO] 'Trafik slow ada halangan kat depan', pemandu lori sanggup 'korban diri' elak hentam Myvi di Kuala Ketil

BACA LAG : [VIDEO] Penunggang maut tercampak dirempuh kereta dipandu warga Pakistan di Serendah

"Suspek kemudiannya didakwa terus melarikan diri dengan menunggang sebuah motosikal," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Jelas beliau lagi, suspek warga tempatan berusia 23 tahun itu diberkas pada hari sama selepas pihaknya menerima laporan berhubung insiden berkenaan pada pukul 1.24 pagi.

"Suspek berjaya ditangkap bersama barangan mangsa yang disamun dan direman enam hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 392/170 Kanun Keseksaan," katanya.

Beliau turut mengingatkan masyarakat agar berwaspada dan tidak mudah terpedaya dengan mana-mana individu yang menyamar sebagai anggota polis untuk melakukan kegiatan jenayah. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram